Now Reading
Kes Anjing Rocky: Roghini Devi Didakwa Pelihara Anjing Tanpa Lesen

Kes Anjing Rocky: Roghini Devi Didakwa Pelihara Anjing Tanpa Lesen

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh iaitu Roghini Devi didakwa telah memelihara seekor anjing melebihi usia 3 bulan tanpa lesen yang sah yang dikeluarkan oleh Majlis Perbandaran Klang (MPK).

Ringkasan
  • Roghini Devi dan Muhammad Shah mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menarik dan menjerut sehingga menyebabkan kesakan ke atas seekor anjing pada 29 Julai lalu.
  • Roghini Devi didakwa atas satu lagi pertuduhan memelihara seekor anjing melebihi usia 3 bulan tanpa lesen yang sah dikeluarkan Majlis Perbandaran Klang (MPK).
  • Majistret membenarkan tertuduh dijamin RM1,000 dengan seorang penjamin warga Malaysian. Sebutan semula kes adalah pada 8 Oktober. 

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Hari ini (20 Ogos) Muhammad Shah & S Roghini Devi membuat pengakuan tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Klang atas pertuduhan menarik dan menjerut sehingga menyebabkan kesakitan ke atas seekor anjing, Rocky pada 29 Julai yang lalu.

BACA ARTIKEL BERKAITAN: Kes Anjing Rocky: Muhammad Shah & Roghini Devi Didakwa Di Mahkamah, Mengaku Tak Bersalah

Pemilik Rocky didakwa pelihara haiwan tanpa lesen sah & mengaku tidak bersalah

Namun Roghini Devi yang juga pemilik Rocky, bagaimanapun sekali lagi didakwa di Mahkamah Majistret Klang atas satu pertuduhan iaitu memelihara haiwan tanpa lesen sah.

Tertuduh kemudiannya mengaku tidak bersalah sebaik pertuduhan itu dibacakan di hadapan Majistret A. Karthiyayini.

Pelihara anjing melebihi usia 3 bulan tanpa lesen dari MPK

Mengikut pertuduhan Roghini Devi didakwa telah memelihara seekor anjing melebihi usia 3 bulan tanpa lesen sah yang dikeluarkan pihak Majlis Perbandaran Klang (MPK), lapor Kosmo.

Perbuatan tersebut dilakukan oleh tertuduh di hadapan sebuah kediaman di Jalan Sama Gagah, Taman Teluk Gedung Indah, Klang pada jam 10.50 malam pada 29 Julai yang lalu.

Pertuduhan tersebut dibuat mengikut Seksyen 3 Undang-Undang Kecel Pelesenan Anjing dan Rumah Pembaikan Anjing (MPK) 2007.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dihukum tidak melebihi RM2,000 atau penjara sehingga setahun atau kedua-duanya sekali.

Ketika prosiding berlangsung, Roghini Devi telah diwakili oleh peguammnya, Jeremy Vinesh Anthony manakala pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Salman Al Farisi Nawawi.

Peguam wakili tertuduh minta jaminan RM500 kerana dah dikenakan jaminan RM6,000 di Mahkamah Sesyen

Memetik laporan Berita Harian, Timbalan Pendakwa Raya juga mencadangkan jaminan berjumlah RM2,000.

Walau bagaimanapun, Jeremy yang mewakili tertuduh telah memohon jaminan sebanyak RM500 atas alasan tertuduh baru sahaja dikenakan jaminan berjumlah RM6,000 atas pertuduhan di Mahkamah Sesyen.

Tertuduh dibenarkan dijamin RM1,000 dengan seorang penjamin warga Malaysia

Majistret, A Karthiyayini lalu membenarkan Roghini dijamin RM1,000 dengan seorang penjamin warga Malaysia.

Perbicaraan kemudiannya ditetapkan pada 8 Oktober depan bagi sebutan semula semua pertuduhan di Mahkamah Sesyen dan Mahkamah Majistret.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.