Now Reading
Guru Tahfiz Ditahan Reman Didakwa Cabul & Pukul 2 Murid

Guru Tahfiz Ditahan Reman Didakwa Cabul & Pukul 2 Murid

Menurut Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Anuar Khalid pengadu telah membawa dua pelajar lelaki itu ke Hospital Selayang untuk pemeriksaan dan hasil siasatan mendapati keduanya dicabul suspek antara Julan hingga Ogos.

Ringkasan
  • Seorang guru tahfiz ditahan atas dakwaan mencabul dan memukul dua pelajar lelaki berusia 11 tahun di Taman Keramat, Kuala Lumpur.
  • Kedua-dua mangsa didakwa dicabul suspek antara Julai hingga Ogos dan dipukul dengan rotan kayu pada 16 Ogos.
  • Guru direman selama tujuh hari dan kes disiasat di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dan Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Sekolah sepatutnya menjadi lokasi selamat buat para pelajar di mana para guru serta kakitangan memberikan perlindungan sepenuhnya kepada murid-murid.

Namun kes mengenai dakwaan pelajar dicabul atau dipukul di sekolah bukanlah satu perkara yang baharu dan sering dilaporkan kepada polis.

Guru Tahfiz ditahan reman didakwa cabul dan pukul 2 pelajar lelaki usia 11 tahun

Terbaharu, seorang guru tahfiz telah ditahan bagi membantu siasatan atas dakwaan mencabul serta memukul dua pelajar lelaki yang berusia 11 tahun di sebuah maahad tahfiz di Taman Keramat, Kuala Lumpur.

Menurut Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Khairul Anuar Khalid memaklumkan polis telah menerima aduan dari Pegawai Pelindung Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Gombak sekitar jam 10.30 pagi pada 18 Ogos.

Hasil siasatan lanjut 2 pelajar dicabul oleh guru berkenaan antara Julai-Ogos

Jelas beliau, pegawai itu telah pergi ke maahad tahfiz berkenaan ekoran ada aduan berkaitan dua kanak-kanak yang disyaki dicabul dan dipukul oleh guru tahfiz.

“Pengadu membawa dua mangsa lelaki berusia 11 tahun Hospital Selayang bagi tujuan pemeriksaan. Hasil siasatan lanjut mendapati kedua-dua mangsa dicabul suspek antara Julai hingga bulan ini (Ogos),” jelasnya, lapor Berita Harian.

Siasatan awal dilakukan mendapati kedua-dua mangsa mendakwa telah dipukul dengan menggunakan sebatang rotan kayu pada 16 Ogos lalu susulan tidak berdisiplin sewaktu sesi pembelajaran.

Guru direman selama 7 hari hingga 25 Ogos

“Berdasarkan maklumat diperoleh, polis menahan seorang lelaki bagi membantu siasatan.

“Permohonan reman dibenarkan selama tujuh hari bermula hari ini hingga 25 Ogos ini.”

Kes disiasat mengikut 2 seksyen

Kes disiasat di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dan Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 individu memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan sekiranya disabit bersalah.

Manakala bagi Seksyen 324 Kanun Keseksaan jika sabit kesalahan individu boleh dihukum penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebatan atau mana-mana dua dari hukuman tersebut.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.