Now Reading
Wanita China Buat Kecoh Di KLIA Dalam Video Tular Sudah Ditahan, Disyaki Kurang Siuman & Lupa Makan Ubat

Wanita China Buat Kecoh Di KLIA Dalam Video Tular Sudah Ditahan, Disyaki Kurang Siuman & Lupa Makan Ubat

Jelas Ketua Polis Daerah KLIA, Asisten Komisione M Ravi wanita warga China itu dilaporkan berada dalam keadaan stabil serta masih menerima rawatan di Hospital Kajang selepas di tempatkan di wad psikiatrik untuk pemantauan lanjut.

Ringkasan
  • Seorang wanita warga China berusia 27 tahun telah ditahan di KLIA 1 selepas menimbulkan kekecohan, dipercayai wanita tersebut kurang siuman dan lupa mengambil ubatnya.  
  • Ketika insiden berlaku, wanita itu sedang menunggu penerbangannya pulang ke China, wanita itu dilaporkan berada dalam keadaan stabil selepas mendapat rawatan di Hospital Kajang di Wad Psikiatrik.  

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Sebelum ini tular satu video memaparkan seorang wanita warga China yang membuat kekecohan sewaktu berada di Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Dalam video dikongsikan kelihatan wanita terbabit menjerit ke arah orang ramai yang berada di lapangan terbang berkenaan.

Wanita warga China ditahan kerana buat kecoh di KLIA 1, rupanya kurang siuman

Terbaharu Ketua Polis Daerah KLIA, Asisten Komisioner M Ravi memaklumkan wanita China berkenaan telah ditahan selepas menimbulkan kekecohan selain turut bertindak agresif seperti menjerit, berlari, menyanyi dan menari di Balai Perlepasan KLIA 1 semalam (18 Ogos).

Menurut beliau, siasatan awal yang dilakukan mendapati wanita warga asing tersebut berusia 27 tahun dan disyaki kurang siuman namun bukan di bawah pengaruh dadah.

Rakan maklum wanita dipercayai lupa ambil ubat sebelum buat kecoh, kini dirawat di Hospital Kajang

Ujarnya menerusi maklumat yang diperoleh dari rakan wanita terbabit mendapati dia dipercayai terlupa untuk mengambil ubat sebelum insiden tular itu berlaku.

“Suspek kini berada dalam keadaan stabil dan masih menerima rawatan di Hospital Kajang selepas ditempatkan di wad psikiatrik untuk pemantauan lanjut,” jelasnya, lapor Kosmo.

Insiden berlaku ketika wanita sedang tunggu penerbangan pulang ke China

Menurut Ravi, insiden itu dilaporkan berlaku sekitar jam 1.19 petang pada 18 Ogos sewaktu wanita berkenaan sedang menunggu penerbangannya untuk pulang ke China selepas melancong ke negara ini bersama rakannya sejak 6 Ogos yang lalu.

Ravi turut memaklumkan pihak keselamatan terminal yang menerima aduan terbabit segera ke tempat kejadian untuk mengawal keadaan. Wanita itu kemudiannya dibawa ke Balai Polis Terminal 1 KLIA bagi tindakan lanjut.

“Hasil siasatan mendapati suspek merupakan warga China yang dijadualkan penerbangan pulang ke negara asalnya pada hari kejadian.”

Perkara itu turut dimaklumkan kepada pihak Kedutaan China untuk membantu urusan yang seterusnya.

Turut suruh Malaysia, Singapura serta Jepun menyerah kepada China

The Rakyat Post sebelum ini melaporkan, wanita berkenaan telah membuka kasutnya sebelum bersiaran langsung di TikTok.

Selama 15 minit berkaki ayam, wanita berkenaan juga meminta negara Malaysia, Singapura dan Jepun untuk menyerah kepada China.

Malah turut mengatakan “Jika saya mati di Malaysia, semua orang akan mati bersama.”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.