Now Reading
Kes Anjing Rocky, Muhammad Shah Akan Didakwa Di Mahkamah Khamis Ini

Kes Anjing Rocky, Muhammad Shah Akan Didakwa Di Mahkamah Khamis Ini

Menurut peguam yang mewakili Shah, Muhammad Rafique Rashid Ali dan Mahmud Abdul Jumaat, seksyen dan akta yang akan digunakan untuk mendakwa Shah masih belum dapat dipastikan lagi dan hanya akan diketahui di mahkamah.

Ringkasan
  • Muhammad Shah Hizam, yang dikaitkan dengan kematian anjing bernama Rocky ketika operasi tangkapan PBT akan didakwa di mahkamah Khamis ini.
  • Seksyen dan akta yang akan digunakan belum dapat ditentukan lagi dan hanya akan diketahui di mahkamah.
  • Aktivis, Firdaus Wong turut mengajak orang ramai untuk hadir ke Mahkamah Sesyen 4 Klang pada Khamis ini untuk memberikan sokongan kepada Shah.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Isu kematian anjing bernama Rocky dalam operasi tangkapan pihak berkuasa tempatan (PBT) di Pelabuhan Klang pada 29 Julai lalu sememangnya menjadi bualan ramai.

Apatah lagi sebelum ini, tular di media sosial seorang lelaki, Muhammad Shah Hizam atau Shah yang didakwa dikaitkan dengan kematian haiwan berkenaan.

Namun Shah dalam kenyataannya di sidang media #Justiceforshah pada 13 Ogos lalu menjelaskan dia hanya menjalankan tugas dan tidak pernah berniat untuk mencederakan jauh sekali membunuh haiwan terbabit.

Peguam Sahkan Shah Akan Didakwa Di Mahkamah Khamis Ini

Terbaharu, peguam yang mewakili Shah, Muhammad Rafique Rashid Ali dan Mahmud Abdul Jumaat mengesahkan anak guamnya itu akan didakwa di Mahkamah Sesyen Klang pada Khamis (20 Ogos) ini.

“Ya, saya sahkan Muhammad Shah telah diserahkan saman oleh Pegawai dari Jabatan Perkhidmatan Veterinar.

“Kami akan hadir jam 9 pagi pada 20 Ogos ini,” katanya yang dipetik dari Sinar Harian.

Seksyen & Akta Masih Belum Ditentukan Lagi

Namun jelas mereka, seksyen dan akta yang akan digunakan untuk mendakwa pemuda yang berusia 24 tahun itu masih belum dapat dipastikan lagi.

Ini kerana pertuduhan itu hanya akan ditentu dan dibacakan di mahkamah pada Khamis ini.

Perkara sama turut dimaklumkan oleh aktivis, Firdaus Wong dalam satu hantaran di Facebook.

Firdaus Wong Turut Ajak Orang Ramai Hadir Ke Mahkamah Beri Sokongan Kepada Shah

Dalam hantaran tersebut, Firdaus turut mengajak orang ramai untuk hadir ke Mahkamah Sesyen Klang pada Khamis ini bagi memberi sokongan kepada pemuda terbabit.

“Shah akan didakwa di Mahkamah Sesyen 4 Klang pada Khamis, 20 Ogos 2026 jam 9.00 pagi.

“Barisan peguam yang diketuai oleh Tuan Rafique Rashid, Tuan Mahmud Jumaat serta Tuan Akif Rusli akan hadir mewakili Shah.

“Kami berpegang teguh dengan kenyataan sidang media tempohari bahawa Shah telah mengikuti SOP sebagaimana kenyataan Datuk Bandar MBDK.

“Shah juga telah mengorbankan masanya untuk berkhidmat secara sukarela untuk masyarakat tetapi menerima ancaman terhadap keselamatan diri dan keluarganya.

“Berani kerana benar. Sahabat yang berkelapangan dijemput turut hadir untuk memberikan sokongan kepada #Justice4Shah,” tulisnya.

Sebelum ini, Muhammad Rafique Rashid Ali dalam sidang media pada 13 Ogos lalu menegaskan anak guamnya itu tidak mengambil tindakan semborono atau memandai-mandai.

Ini kerana Shah telah dijemput sebagai wakil penduduk secara bertulis oleh Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Jalan Sama Gagah, Taman Teluk Gedung Indah, Klang untuk membantu operasi yang dijalankan oleh Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK).

Malah jelas Muhammad Rafique, kesemua peserta telah diberi taklimat penuh oleh MBDK mengenai cara untuk membuat tangkapan.

Baca Artikel Berkaitan: Isu Kematian Anjing Rocky: “Saya Tidak Hadir Malam Itu Dengan Niat Untuk Mencederakan, Jauh Sekali Untuk Membunuh” – Shah [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Pemilik Rocky Akui Tiada Lesen Namun Mahu Siasatan Telus Dijalankan

Baca Artikel Berkaitan: Isu Kematian Anjing Rocky: Cerminan Sistem Yang Tidak Berperikemanusiaan – Lee Lam Thye

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.