Now Reading
Insiden Jalur Gemilang Tanpa Bulan & Bintang: “Kes Tak Disengajakan” – MB Terengganu

Insiden Jalur Gemilang Tanpa Bulan & Bintang: “Kes Tak Disengajakan” – MB Terengganu

Dalam pada itu, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT), Lizan Che Mat menjelaskan, Jalur Gemilang tersebut sememangnya mempunyai lambang bulan dan bintang namun kedua-dua bahagian tersebut telah tercabut daripada jahitannya.

Ringkasan
  • Sebuah video tular menunjukkan Jalur Gemilang di Pantai Batu Buruk, Kuala Terengganu dipasang tanpa lambang bulan dan bintang, mencetuskan persoalan warganet.
  • Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, menyifatkan insiden itu sebagai kes terpencil dan tidak disengajakan, serta berjanji siasatan akan dijalankan.
  • MBKT menjelaskan lambang bulan dan bintang tercabut akibat ribut kuat, dan mereka kini akan membeli bendera siap untuk elak kejadian berulang.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Semalam (9 Ogos), tular di media sosial video yang memaparkan keadaan Jalur Gemilang yang tidak dilengkap dipasang di Pantai Batu Buruk, Kuala Terengganu, Terengganu.

Menerusi video tular, bendera yang menjadi kebanggaan rakyat Malaysia itu dilihat tidak lengkap dengan ketiadaan lambang bulan dan bintang.

Keadaan itu nyata mendapat perhatian sehingga mencetuskan persoalan dan perdebatan dalam kalangan warganet.

Jalur Gemilang Tanpa Bulan & Bintang Kes Terpencil & Tidak Disengajakan – MB Terengganu

Terbaharu, Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar menyifatkan insiden berkenaan sebagai kes terpencil dan tidak disengajakan.

“Saya rasa itu bukan kes yang disengajakan, kes yang terpencil dan tidak disengajakan.

“Justeru, kita akan lakukan siasatan dan memastikan perkara itu tidak berulang lagi, walaupun siapa juga yang memasangnya termasuk orang awam dan sebagainya,” katanya yang juga Pengerusi Perikatan Nasional.

Lambang Bulan & Bintang Pada Jalur Gemilang Tercabut Daripada Jahitan – Datuk Bandar MBKT

Dalam pada itu, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT), Lizan Che Mat menjelaskan, Jalur Gemilang tersebut sememangnya mempunyai lambang bulan dan bintang.

Namun dakwa Lizan, kedua-dua bahagian tersebut telah tercabut daripada jahitannya.

“Berikutan kejadian itu, pihak kami mengambil tindakan serta-merta dengan menurunkan bendera berkenaan pada Jumaat (7 Ogos) lalu dan menggantikannya dengan Jalur Gemilang yang baharu.

“Bendera yang lama bukan tidak ada bulan dan bintang cuma kita jahit dan bahagian sebelah itu tercabut akibat ribut kuat pada hari berkenaan,” jelasnya.

MBKT Tak Akan Jahit Lagi, Elak Kejadian Dari Berulang

Tegas Lizan, pihaknya selepas ini tidak akan menjahit lagi bendera berkenaan bagi mengelakkan kejadian sama dari berulang kembali.

Sebaliknya, mereka akan membeli bendera yang sudah siap dan sempurna sepenuhnya.

Selain untuk mengelak insiden sama berulang, tindakan ini diambil bagi memastikan pemasangan Jalur Gemilang sentiasa berada dalam keadaan sempurna.

“MBKT mengambil serius perkara berkenaan dan akan memastikan bendera yang dipasang berada dalam keadaan baik serta mematuhi spesifikasi ditetapkan,” katanya.

View on Threads

Baca Artikel Berkaitan: Isu Jalur Gemilang Berkibar Terbalik Di Melaka, YB Duyong Tampil Dedah Puncanya [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Tular Klinik Gigi Pasang Jalur Gemilang Terbalik, Polis Buat Siasatan

Baca Artikel Berkaitan: Tular Jalur Gemilang Dipasang Terbalik Pada Kereta MPV, Polis Jalankan Siasatan [Video]

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.