Now Reading
PRN N9: “Saya Yakin PH Mampu Melepasi 19 Kerusi DUN” – Aminuddin

PRN N9: “Saya Yakin PH Mampu Melepasi 19 Kerusi DUN” – Aminuddin

Jelas Datuk Seri Aminuddin Harun, ramalan dan analisis yang tersebar menjelang hari pengundian tidak semestinya menggambarkan realiti sebenar kerana ia banyak bergantung kepada andaian serta data tertentu.

Ringkasan
  • Datuk Seri Aminuddin Harun menyatakan keyakinannya bahawa Pakatan Harapan mampu memenangi lebih daripada 19 kerusi DUN dalam PRN Negeri Sembilan.
  • Beliau menggesa semua pengundi berdaftar keluar mengundi, menekankan kepentingan proses demokrasi yang bebas dan lancar di Negeri Sembilan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Datuk Seri Aminuddin Harun menegaskan bahawa Pakatan Harapan (PH) tidak terganggu dengan sebarang ramalan oleh penganalisis atau pihak luar berkenaan keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ke-16 selain percaya bahawa PH mampu memenangi lebih 19 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

“Saya yakin PH mampu melepasi 19 kerusi DUN,” katanya kepada media selepas selesai mengundi di Institut Perguruan Raja Melewar di Sikamat.

‘Semua Kawasan PH Bertanding Ada Potensi Yang Baik’ – Aminuddin

Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu berkata pihaknya menaruh keyakinan terhadap keputusan PRN yang positif meskipun wujudnya pelbagai spekulasi.

Jelasnya, ramalan dan analisis yang tersebar menjelang hari pengundian tidak semestinya menggambarkan realiti sebenar di lapangan kerana ia banyak bergantung kepada andaian serta data tertentu.

“Saya sudah semak semua kawasan yang kita bertanding mempunyai potensi yang baik dan insya-Allah saya rasa jentera tak rasa ‘down’ (lemah) walaupun macam-macam spekulasi,” tambahnya.

Foto: BK Eshvar/Hazwani

Aminuddin Harap Semua Rakyat Berdaftar Keluar Mengundi, Beri Peluang Rakyat Mengundi Secara Bebas

Sementara itu, beliau berharap agar semua pengundi berdaftar menjalankan tanggungjawab masing-masing untuk mengundi kerana ia mencerminkan komitmen rakyat terhadap proses demokrasi di negeri itu.

Kata beliau, fokus utama pada waktu ini adalah memastikan proses pengundian berjalan dengan lancar selain memberi peluang kepada rakyat membuat pilihan mereka secara bebas.

Calon PH yang bertanding di DUN Linggi itu tiba di pusat mengundi kira-kira jam 8.30 pagi.

Untuk info, Aminuddin tidak mempertahankan kerusi DUN Sikamat yang dimenanginya pada PRN 2023 dengan majoriti 2,662, sebaliknya berpindah ke DUN Linggi.

DUN Linggi menyaksikan pertandingan tiga penjuru dengan dua lagi calon termasuk penyandang, Datuk Mohd Faizal Ramli serta Datuk Zamri Md Said mewakili BERSATU.

Baca Artikel Berkaitan: PRN Negeri Sembilan: “Saya Bukan Lari Dari Sikamat” – Aminuddin Dedah Kenapa Beralih Ke Linggi

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.