Now Reading
PRN N9: Anthony Loke Serah Keputusan Undi Kepada Rakyat Bukan Kajian

PRN N9: Anthony Loke Serah Keputusan Undi Kepada Rakyat Bukan Kajian

Kata Calon PH bagi DUN Chennah, Anthony Loke Siew Fook kajian itu sebagai satu kajian, ada metadologi berlainan namun akhirnya keputusan dilakukan oleh rakyat dan bukan kajian.

Ringkasan
  • Kata Anthony Loke pengundi yang membuat keputusan daripada bersandar dari mana-mana kajian.
  • Jumlah keluar mengundi lancar dan sebahagian besarnya konsisten dengan tahap PRN sebelumnya, dengan beberapa kawasan menunjukkan penyertaan awal pagi yang lebih tinggi. 
  • Anthony Loke berharap sebanyak 75% yang keluar mengundi atau lebih bagi memastikan keputusan pilihan raya benar-benar mencerminkan suara majoriti rakyat. 

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Hari ini (1 Ogos) rakyat di Negeri Sembilan menjalankan tanggungjawab mereka untuk mengundi bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ke-16 selepas 14 hari calon-calon daripada pelbagai parti berkempen.

Anthony Loke serah kepada pengundi dan bukan dapatan kajian

Terbaharu Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook menyerahkan sepenuhnya kepada pengundi bagi menentukan keputusan PRN Negeri Sembilan daripada hanya bersandar pada mana-mana dapatan kajian yang dilakukan oleh pelbagai pihak.

Jelas Anthony, peratusan serta statistik kajian berkenaan mempunyai kaedah dan metodologi yang berbeza. Akan tetapi penilaian mutlak masih terletak kepada rakyat selepas proses pengundian selesai.

Rakyat yang buat keputusan

“Pelbagai pihak ada kajian. Jadi kajian itu sebagai satu kajian, ada metodologi berlainan, tetapi akhirnya yang paling penting ialah keputusan yang dibuat oleh rakyat, bukannya kajian,” ujarnya, lapor Berita Harian.

Calon Pakatan Harapan (PH) bagin Dewan Undangan Negeri (DUN) Chennah itu berkata demikian sewaktu diminta mengulas mengenai dapatan kajian terbaharu pelbagai badan pemikir yang dilaporkan kurang memihak kepada gabungan parti berkenaan pada PRN Negeri Sembilan kali ini.

Sifatkan aliran keluar mengundi berjalan lancar

Beliau turut mengulas proses pengundian dan menyifatkan aliran keluar mengundi setakat ini berjalan lancar di kebanyakan tempat, perkara itu sekali gus mencatatkan purata kadar pengundian yang hampir sama dengan PRN sebelum ini.

Bahkan beliau juga melihat trend kepada peningkatan kehadiran pengundi seawal pagi di beberapa kawasan sebagai petanda yang sihat untuk sistem demokrasi negara.

Anthony Loke harap peratus rakyat keluar mengundi cecah 75%

“Setakat laporan saya terima, peratusan mengundi memang lebih kurang sama dengan PRN yang lepas pada ketika ini.

“Ada kawasan lebih tinggi, secara puratanya lebih kurang sama tetapi ada kawasan-kawasan yang juga melihat peratusan mengundi pada awal pagi ini lebih tinggi daripada sebelumnya.

“Jadi kita mengharapkan peratusan mengundi ini boleh mencecah 75% ke atass.

“Ini angka penting supaya pembabitan pengundi dalam sistem demokrasi merangkumi ramai orang.”

Menurut beliau lagi, tahap peratusan keluar mengundi yang tinggi sangat kritikal dalam memastikan apa sahaja keputusan mahupun mandat yang terbentuk kelak benar-benar mencermin kemahuan majoriti daripada rakyat.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.