Now Reading
Pasca PRN N9: Anthony Loke Pertimbang Letak Jawatan Pengerusi DAP Negeri Sembilan

Pasca PRN N9: Anthony Loke Pertimbang Letak Jawatan Pengerusi DAP Negeri Sembilan

Kata Anthony Loke sebelum membuat sebarang keputusan, beliau akan berbincang terlebih dahulu dengan pemimpin dari parti lain.

Ringkasan
  • Anthony Loke mempertimbangkan untuk melepaskan jawatan sebagai Ketua Negeri DAP Negeri Sembilan susulan kekalahannya di DUN Chennah.
  • Beliau akan berbincang dengan pemimpin parti dan Jawatankuasa Eksekutif pusat DAP sebelum membuat sebarang keputusan muktamad.
  • Anthony Loke tewas kepada Siow Kong Choon dari BN-MCA dengan majoriti 500 undi di DUN Chennah.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Sebelum ini laporan tidak rasmi memaparkan dua pemimpin kanan daripada Pakatan Harapan (PH) tewas dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan iaitu:

  • Pengerusi PH Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Linggi
  • Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook, DUN Chennah

BACA ARTIKEL BERKAITAN:

Anthony Loke mungkin bakal letak jawatan sebagai Pengerusi DAP Negeri Sembilan

Terbaharu, Anthony Loke dipercayai mungkin akan melepaskan jawatannya sebagai Pengerusi DAP Negeri Sembilan susulan kegagalan mempertahankan kerusi di Chennah dalam PRN Negeri Sembilan, 1 Ogos.

“Kami telah berusaha sedaya upaya untuk mempertahan kerusi ini. Ia tidak pernah mudah sejak awal lagi,” jelasnya, lapor The Star.

Akan berbincang dengan pemimpin parti lain dahulu

Ujar Anthony Loke lagi, beliau akan memikirkan semula peranannya dalam parti berkenaan.

“Ya, saya sedang mempertimbangkan, sudah tentu untuk melepaskan jawatan saya dalam DAP Negeri Sembilan… jawatan pengerusi negeri saya.”

Beliau dalam masa sama turut menjelaskan perkara itu akan dibincangkan dengan kepimpinan DAP terlebih sebelum membuat sebarang keputusan.

Tambahnya lagi, sebelum membuat sebarang keputusan sebagai Setiausaha Agung DAP, pastinya beliau akan berbincang lebih lanjut bersama Jawatankuasa Eksekutif pusat DAP dalam usaha mereka di masa depan.

Anthony Loke gagal pertahan DUN Chennah dengan undi sebanyak 5,593

Terdahulu, media melaporkan Anthony Loke yang juga Menteri Pengangkutan tidak dapat mempertahankan kerusi DUN Chennah selepas kecundang di tangan calon Barisan Nasional (BN) dari parti MCA, Siow Kong Choon.

Menerusi keputusan tidak rasmi difahamkan Siow memenangi kerusi DUN Chennah dengan majoriti undi 500 dengan mencatat 5,593 undi manakala Loke pula meraih undi sebanyak 5,060.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.