Now Reading
Tabung Haji Rugi RM10 Bilion Sebab Tak Ikut Peraturan & Banyak Masalah Sejak 2014 – Anwar

Tabung Haji Rugi RM10 Bilion Sebab Tak Ikut Peraturan & Banyak Masalah Sejak 2014 – Anwar

Kesalahan pelanggaran peraturan sehingga menyebabkan Tabung Haji mengalami kerugian sebanyak RM10 bilion itu berlaku sejak tahun 2014 hingga 2020.

Ringkasan
  • Tabung Haji mengalami kerugian RM10 bilion berpunca daripada kegagalan mengikut peraturan, pelaburan yang salah dan pelbagai masalah sejak 2014 hingga 2020. 
  • Anwar Ibrahim mengarah pihak berkuasa menyiasat secara menyeluruh terhadap mana-mana individu atau pihak yang bertanggunghawab atas kerugian organisasi terbabit dan sebarang unsur salah guna kuasa. 
  • Gabenor Bank Negara Malaysia memaklumkan wujudnya pelanggaran, namun ia tidak dipedulikan oleh TH sehingga menyebabkan organisasi itu mengalami kerugian besar.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan laporan yang dibentangkan kepada Jemaah Menteri menunjukkan bahawa Lembaga Tabung Haji (TH) mengalami kerugian sebanyak RM10 bilion.

Beliau sekaligus mengarahkan siasatan menyeluruh dijalankan bagi mengenal pasti sebarang unsur salah guna kuasa atau pelanggaran.

TH Rugi RM10 Bilion Sebab Tak Ikut Peraturan, Pelaburan Salah & Banyak Masalah Sejak 2014 – Anwar

Jelas beliau, mana-mana pihak yang bertanggungjawab terhadap kerugian atau penipuan akan disiasat di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AMLA) 2001 oleh pihak berkuasa termasuklah Polis Diraja Malaysia (PDRM), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Bank Negara Malaysia (BNM).

“Tadi Pengerusi TH (Tan Sri Abdul Rashid Hussain) yang pernah jadi ahli Suruhanjaya Diraja, dia beri taklimat kepada Jemaah Menteri bahawa TH rugi RM10 bilion sebab tidak ikut peraturan, sebab pelaburan salah, sebab banyak masalah berlaku sejak 2014,” katanya semasa berucap di Majlis Minum Petang Bersama PMX, di Dewan Undangan Negeri (DUN) Chennah, semalam (29 Julai).

Menurut Abdul Rashid, kesalahan itu berlaku sejak 2014 sehingga tahun 2020.

Wujud Pelanggaran Tetapi Tidak Dipedulikan TH – Gabenor BNM

Memetik Berita Harian, Gabenor BNM juga memaklumkan bahawa wujudnya pelanggaran, namun ia tidak dipedulikan oleh TH sehingga menyebabkan organisasi terbabit mengalami kerugian yang besar.

“Ramai dah pergi haji dan pergi umrah. Wang haji dia ditipu. Saya tak mahu tuduh sesiapa. Biar PDRM, SPRM dan BNM siasat. Semua akan disiasat.

“Kalau ada bukti, dakwa, biar masuk mahkamah dan biar masuk penjara kalau salah. Itu aturan negara ini,” kata PM.

TH Telah Laksanakan 75% Daripada 25 Syor RCI Untuk Tingkatkan Tadbir Urus Organisasi

Sementara itu, TH dalam satu kenyataan semalam (29 Julai) memaklumkan bahawa pihaknya telah melaksanakan 75% daripada 25 syor RCI berhubung isu yang berlaku bagi memperkukuh tadbir urus institusi terbabit, manakala baki syor kini dalam proses pelaksanaan.

“TH juga telah memulihkan kunci kira-kira, membina rizab, dan berjaya meningkatkan pengagihan keuntungan kepada 3.5%, iaitu kadar tertinggi dalam tempoh lapan tahun. 

“Di samping itu, TH berjaya mengekalkan kos haji pada kadar RM33,300 seorang selama tiga tahun berturut-turut,” kata Tabung Haji.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.