Now Reading
KKM Dedah Beban Bagi Kos Rawatan Disebabkan Vape Cecah RM369 Juta Setahun

KKM Dedah Beban Bagi Kos Rawatan Disebabkan Vape Cecah RM369 Juta Setahun

Menurut KKM jumlah kutipan duti eksais terhadap produk rokok elektronik direkodkan sebanyak RM80.32 juta pada 2023, kemudian ia meningkat pada tahun 2024 sebanyak RM111.14 juta dan pada tahun 2025 RM118.94 juta.

Ringkasan
  • Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendedahkan kos rawatan akibat vape dianggarkan mencecah RM369 juta setahun, melebihi kutipan duti eksais.
  • KKM sedang meneliti cadangan mengharamkan vape jenis berbotol berikutan risiko tinggi dicampur dengan dadah serta bahan terlarang.
  • Penguatkuasaan Akta 852 diutamakan bagi melindungi orang belum dewasa berusia bawah 18 tahun daripada penggunaan produk merokok.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Umum mengetahui individu yang merokok mahupun menghisap rokok elektrik atau vape sentiasa dinasihatkan untuk berhenti. Ini kerana ia boleh mengundang kepada masalah kesihatan seperti jangkitan pada paru-paru dan sebagainya.

Namun selagi nyawa masih belum diancam, mereka yang menghisap vape ini hanya mengambil nasihat dan saranan tersebut seperti angin lalu.

Bebas kos rawatan kerana vape mencecah hingga RM369 juta

Terbaharu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendedahkan beban kos rawatan kesihatan serta ekonomi disebabkan penyakit berkaitan rokok elektronik itu dianggarkan mencecah sekitar RM369 juta setahun.

Jumlah kos tersebut adalah jauh melebihi daripada jumlah hasi duti eksais daripada produk vape yang dikutip oleh pihak kerajaan.

Walau bagaimanapun, kata KKM kutipan hasil duti eksais yang diambil daripada rokok elektronik tersebut bukan justifikasi bagi membenarkan penjualan produk terbabit di pasaran.

Jumlah hasil duti eksais setiap tahun meningkat

“Bagi tempoh pelaksanaan duti eksais terhadap produk rokok elektronik atau vape, jumlah kutipan yang direkodkan adalah sebanyak RM80.32 juta pada 2023, meningkat kepada RM111.14 juta pada 2024 dan RM118.93 juta pada 2025.

“Bagi tempoh 1 Januari hingga 11 Jun tahun ini, kutipan direkodkan bernilai RM44.11 juta, menjadikan jumlah keseluruhan kutipan duti eksais adalah sebanyak RM354.51 juta,” ujar KKM.

KKM memberi jawapan itu dalam satu kenyataan bertulis yang disiarkan menerusi laman sesawang Dewan Negara pada 28 Julai.

Jawab bertulis itu adalah untuk menjawab soalan daripada Senator Robert Lau Hui Yew mengenai cadangan pengharaman, jumlah kutipan hasil cukai serta justifikasi kebenaran bagi penjualan vape ekoran risiko kesihatan yang semakin tinggi.

KKM

sedang teliti cadangan untuk harapkan vape jenis berbotol

Bukan hanya itu, KKM juga kini sedang memperkukuh kawalan ke atas produk yang berisiko tinggi dan ini termasuk meneliti cadangan untuk mengharamkan vape jenis berbotol.

Perkara itu ekoran risiko tinggi vape jenis berkenaan dicampur dengan dadah serta bahan terlarang.

Dinilai berdasarkan saintifik, data semasa dan kepentingan kesihatan awam

KKM turut menyatakan sebarang keputusan rasmi termasuk cadangan pengharaman yang lebih menyeluruh terus dinilai berdasarkan bukti dengan cara:

  • Saintifik
  • Data semasa
  • Kepentingan kesihatan awam

Kata kementerian itu lagi, kerajaan turut memberikan tumpuan penuh terhadap pelaksanaan serta penguatkuasaan Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 [Akta 852] yang menyediakan kerangka kawal sela komprehensif ke atas semua produk merokok termasuk vape.

Keutamaan diberikan kepada penguatkuasaan Akta 852

KKM juga memaklumkan keutamaan juga diberikan kepada penguatkuasaan Akta 852, di mana ia khusus untuk melindungi orang yang belum dewasa (OBD), iaitu mereka berusia bawah 18 tahun.

“Hal ini selaras dengan peruntukan di bawah Seksyen 13(1) yang melarang penjualan produk merokok kepada OBD, Seksyen 13(3) melarang pembelian oleh OBD, serta Seksyen 17 yang melarang penggunaan mana-mana produk merokok oleh golongan berkenaan.”

Kementerian tersebut juga menjelaskan pendekatan kawal selia yang tegas melalui Akta 852 dan ia bertujuan:

  • Untuk mengurangkan akses
  • Penggunaan produk merokok

Perkara itu untuk memastikan perlindungan kesihatan awam, terutama dalam kalangan kanak-kanak serta remaja.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.