Now Reading
Kerajaan Kaji Pelaksanaan Penggunaan SARA Menerusi Kod QR Di Pasar Tamu & Pasar Tani

Kerajaan Kaji Pelaksanaan Penggunaan SARA Menerusi Kod QR Di Pasar Tamu & Pasar Tani

Menurut Kementerian Kewangan (MOF), sehingga 15 Julai lalu, jumlah keseluruhan Rakan Niaga SARA telah meningkat dan mencecah lebih 13,700 berbanding hanya 700 buah kedai pada tahun 2024.

Ringkasan
  • Kerajaan sedang mengkaji peluasan penggunaan SARA di Pasar Tamu dan Pasar Tani melalui pembayaran kod QR, dengan keputusan dijangka dalam Belanjawan 2027.
  • Jumlah Rakan Niaga SARA telah meningkat kepada lebih 13,700 premis setakat 15 Julai, berbanding hanya 700 kedai pada tahun 2024.
  • Terdapat 15 kategori dengan lebih 140,000 barangan keperluan asas yang boleh dibeli di bawah inisiatif SARA.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang diperkenalkan oleh kerajaan diakui sememangnya membantu golongan yang memerlukan membeli keperluan asas.

Namun buat masa ini, SARA hanya boleh digunakan di pasar raya dan kedai runcit terpilih antaranya seperti Mydin, Lotus Stores, Giant dan 99 Speedmart.

Kerajaan Kaji Perluas Guna SARA Di Pasar Tamu & Pasar Tani

Terbaharu, kerajaan sedang mengkaji pelaksanaan penggunaan SARA di Pasar Tamu dan Pasar Tani menggunakan kaedah pembayaran menerusi kod respons pantas (QR).

Walau bagaimanapun, keputusan mengenai inisiatif ini akan diumumkan dalam Belanjawan 2027 jika ia didapati mampan.

Rakan Niaga SARA Meningkat & Cecah Lebih 13,000

Menurut Kementerian Kewangan (MOF), kerajaan telah meningkatkan penglibatan kedai runcit kecil sebagai Rakan Niaga SARA menjadi lebih 6,000 premis.

Sehingga 15 Julai lalu, jumlah keseluruhan Rakan Niaga SARA telah meningkat dan mencecah lebih 13,700 berbanding hanya 700 buah kedai pada tahun 2024.

Malah, terdapat 140,000 produk atau barangan yang boleh diperolehi menerusi pelaksanaan inisiatif ini.

“Sekiranya Rakan Niaga SARA berkenaan turut terlibat sebagai peniaga di Pasar Tamu atau Pasar Tani, penerima SARA boleh menggunakan kredit SARA berkenaan bagi pembelian kategori barangan SARA sahaja.

“Namun, bagi keseluruhan penggunaan SARA melalui kaedah pembayaran kod QR di Pasar Tamu atau Pasar Tani, ia masih dalam peringkat kajian dan penelitian oleh kerajaan.

“Sekiranya didapati mampan, ini akan diumumkan dalam Belanjawan 2027 kelak,” jelas MOF.

Perkara itu dijelaskan oleh MOF dalam jawapan bertulis di Dewan Negara bagi menjawab pertanyaan Senator Larry Anak Asap mengenai peluasan skop perbelanjaan SARA di pasar tamu untuk memberi manfaat kepada golongan penjaja dan peniaga kecil.

15 Kategori Barangan Yang Boleh Dibeli Bawah SARA

Untuk info, terdapat 15 kategori dengan lebih 140,000 barang keperluan asas telah diluluskan dan boleh dibeli di bawah SARA.

15 kategori barang tersebut adalah:

  1. Beras
  2. Telur
  3. Roti
  4. Minyak masak
  5. Biskut
  6. Mi
  7. Tepung
  8. Minuman
  9. Bahan perasa
  10. Makanan dalam tin
  11. Produk penjagaan diri
  12. Ubat-ubatan di kaunter
  13. Keperluan sekolah
  14. Barang kebersihan rumah
  15. Makanan sejuk beku

Untuk senarai pasar raya dan kedai runcit terlibat, layari sahaja pautan ini.

Baca Artikel Berkaitan: “Kita Akan Naikkan Kadar SARA Untuk Semua Rakyat Dalam Masa Terdekat” – Anwar Ibrahim

Baca Artikel Berkaitan: Masih Keliru & Tak Tahu Guna Bantuan SARA? Ini Panduan Lengkap Untuk Korang

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.