Now Reading
Kes Rakyat Malaysia Maut Ditikam Di Korea Selatan: Kedutaan Bantu Uruskan Jenazah, Tabung Sumbangan Sudah Cecah RM80,000

Kes Rakyat Malaysia Maut Ditikam Di Korea Selatan: Kedutaan Bantu Uruskan Jenazah, Tabung Sumbangan Sudah Cecah RM80,000

Ujar adik mangsa, Ain Sephia kutipan sumbangan yang bertujuan untuk membantu urusan membawa jenazah abangnya pulang kini sudah mencecah kira-kira RM80,000 meskipun baru dilancarkan semalam.

Ringkasan
  • Pihak Kedutaan Malaysia di Seoul, Korea Selatan telah menghubungi isteri mangsa untuk menguruskan jenazah dan dokumen yang diperlukan.
  • Dokumen bedah siasat akan diserahkan kepada kedutaan bagi proses di Masjid Itaewon.
  • Kutipan sumbangan orang ramai sangat memberangsangkan, dan isteri kepada mangsa sedang menunggu jumlah sebenar sebelum pembayaran dibuat.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Sebelum ini seorang lelaki rakyat Malaysia, Ahmad Shah dilaporkan maut dipercayai ditikam selepas berlaku pergaduhan berkumpulan membabitkan warga asing di daerah Eumseong, Wilayah Chungcheong Utara, Korea Selatan pada 26 Julai yang lalu.

Susulan itu ahli keluarga mangsa berharap dapat membawa jenazahnya pulang ke Malaysia untuk disemadikan di tanah air. Ini kerana kos bagi pengebumian di Korea Selatan mahal ia mencecah sekitar RM50,000-RM60,000.

BACA ARTIKEL BERKAITAN: Kes Rakyat Malaysia Maut Ditikam Di Korea Selatan: Abang Dipercayai Cuba Lerai Pergaduhan Libatkan Rakan – Adik Mangsa

Kedutaan Malaysia bantu uruskan jenazah mangsa ditikam di Korea Selatan

Terbaharu adik mangsa, Ain Sephia, 25, memaklumkan pihak Kedutaan Malaysia di Seoul, Korea Selatan telah menghubungi kakak ipar yang merupakan isteri kepada Ahmad Shah untuk menguruskan jenazah termasuk proses membawa pulang ke Malaysia.

“Pihak kedutaan Malaysia di Seoul, Korea Selatan sudah menghubungi kaka ipar dan sedang menguruskan segala dokumen diperlukan termasuk permohonan mandi dan solat jenazah di Masjid Itaewon,” jelasnya.

Kakak upar sedang dapatkan dokumen bedah siasat, Kedutaan Malaysia akan berurusan dengan pihak Masjid Itaewon

Ujar Ain, kakak iparnya itu kini berada di hospital untuk mendapatkan dokumen bedah siasat sebelum diserahkan kepada pihak kedutaan.

Ain juga bersyukur kerana kutipan sumbangan yang diberikan oleh orang ramai juga memberangsangkan.

Adik mangsa syukur kutipan sumbangan memberansangkan

“Dokumen itu untuk pihak kedutaan berurusan dengan pihak Masjid Itaewon untuk mandi jenazah dan solat termasuk proses membawa pulang ke Malaysia.

“Alhamdulillah kutipan sumbangan daripada orang ramai juga sangat memberangsangkan dan kakak ipar sedang menunggu jumlah sebenar sebelum perlu dibayar dari pihak kedutaan jika ingin membawa (jenazah) pulang,” jelasnya, lapor Harian Metro.

Sumbangan dah cecah kira-kira RM80,000

Dalam pada itu, Berita Harian melaporkan kutipan sumbangan berkenaan telah pun mencecah kira-kira RM80,000 walhal ia baru sahaja dilancarkan semalam (26 Julai).

Menurut Ain Sephia, jumlah itu sudah melebihi anggaran kos yang diberitahu Kedutaan Malaysia di Korea Selatan sebelum ini.

Pun begitu jumlah sebenar bagi kos pengurusan dan penghantaran pulang jenazah masih belum dimuktamadkan kerana keluarga masih menunggu pengesahan daripada pihak hospital.

Sebelum ini, Kedutaan Malaysia menganggarkan kos bagi urusan tersebut sekitar RM50,000-RM70,000.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.