Now Reading
“Kita Akan Naikkan Kadar SARA Untuk Semua Rakyat Dalam Masa Terdekat” – Anwar Ibrahim

“Kita Akan Naikkan Kadar SARA Untuk Semua Rakyat Dalam Masa Terdekat” – Anwar Ibrahim

Jelas Datuk Seri Anwar Ibrahim, banyak inisiatif yang telah dilakukan pihak kerajaan bagi mengurangkan beban rakyat Malaysia.

Ringkasan
  • Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengumumkan kerajaan akan menaikkan kadar Sumbangan Asas Rahmah (SARA) untuk semua rakyat dalam masa terdekat.
  • Kadar SARA semasa memberikan antara RM600 hingga RM2,400 setahun bergantung kategori penerima, dikreditkan terus ke MyKad.
  • Anwar mengakui kos sara hidup masih tinggi walaupun ekonomi berkembang, dan berjanji kerajaan terus mendengar serta menangani masalah rakyat.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan akan menaikkan kadar Sumbangan Asas Rahmah (SARA) untuk semua rakyat dalam tempoh masa terdekat.

Perkara itu diumumkan Anwar sendiri semalam (22 Julai) di di Paroi, Seremban ketika menyampaikan Ceramah Jelajah Kekal HARAPAN bersempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ke-19.

Baca Artikel Berkaitan: Senarai Penuh Calon PRN Negeri Sembilan Ke-16

“Insya-Allah, dalam masa terdekat, kita akan naikkan SARA untuk rakyat semua.

“Yang kita gabung dengan Negeri Sembilan, kita mahu Datuk Seri Aminuddin Harun di Negeri Sembilan kekal sebagai Menteri Besar.

“Untuk kerja, hentikan amalan sakau, hentikan buat harta negeri seperti harta peribadi. Hentikan itu. Kita beri contoh orang Melayu baik, boleh berkhidmat dan menjaga rakyat,” katanya.

Kadar Bantuan SARA Terkini

Untuk info, kadar bayaran SARA Bulanan 2026 (jumlah setahun) mengikut kategori penerima adalah seperti berikut:

Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) eKasih:

  • Isi Rumah: RM2,400
  • Warga Emas: RM1,800
  • Bujang: RM1,200

Penerima STR selain eKasih:

  • Isi Rumah: RM1,200
  • Warga Emas: RM600
  • Bujang: RM600

Bantuan ini dikreditkan terus ke MyKad dan boleh digunakan bagi pembelian barangan keperluan asas di lebih 10,000 pasar raya dan kedai terpilih.

Baca Artikel Berkaitan: SARA RM100 Untuk Semua Dikreditkan Hari Ini, Kategori Makanan Sejuk Beku Kini Ditambah

Ekonomi Negara Berkembang, Tapi Masih Difitnah – Anwar Ibrahim

Dalam pada itu, Anwar selaku Menteri Kewangan berkata pelbagai inisiatif dilakukan bagi mengurangkan bebas rakyat sepanjang ditadbir kerajaan kini.

Bagaimanapun dalam usaha itu, masih banyak pihak yang mencari jalan untuk memfitnah dengan sentimen politik

“Kadar ekonomi berkembang, harga minyak turun tetapi masih diserang fitnah sebegitu rupa, kos sara hidup masih tinggi sebab itu saya umumkan di Ipoh.

“Saya kata walaupun bagi STR, SARA, Datuk Seri Aminuddin (di Negeri Sembilan) bagi bonus tinggi (kepada penjawat awam) tapi adakah selesai masalah? Belum.

“Bila saya bincang sebulan lalu, saya umumkan di Perak. Saya kata oleh kerana masalah rakyat masih ada, kita dengar, dan kita tahu,” tambah beliau, lapor Berita Harian.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.