Data Peribadi Khairul Aming Bocor: JPDP Buat Siasatan Akta 709
Jabatan Perlindungan Data Peribadi berkata, tindakan penguatkuasaan sewajarnya akan diambil jika hasil siasatan mendapati ada berlakunya ketidakpatuhan terhadap Akta 709.
JPDP jalankan siasatan mengikut Akta Perlindungan Data Peribadi 2010Â (Akta 709) ekoran tular data peribadi Khairul Aming bocor.Â
Tindakan penguatkuasaan akan diambil jika hasil siasatan mendapati terdapat ketidakpatuhan terhadap Akta 709.Â
JPDP turut mengingatkan pengawal data hendaklah mengikut tujuh Prinsip Perlindungan Data Peribadi bagi memastikan data pelanggan dilindungi daripada akses dan penzahiran tanpa kebenaran.Â
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami!
Follow Kami
Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Sebelum ini influencer dan usahawan terkenal, Khairul Aming telah memaklumkan beberapa perkara dibuat selepas terdapat seorang pengguna Thread bertindak menularkan data peribadinya.
Antara perkara dilakukan adalah:
Peguam akan menghantar surat tuntutan (LOD) kepada Maxis
Laporan rasmi sudah dibuat kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC)
Laporan polis dibuat di Ibu Pejabat Dang Wangi ke atas pengguna Threads terbabit
Laporan kebocoran data telah dibuat kepada Jabatan Perlindungan Data Peribadi (JPDP)
JPDP jalankan siasatan terhadap kes data peribadi Khairul Aming bocor
Terbaharu, JPDP memaklumkan pihaknya sedang melakukan sisasatan di bawah Prinsip-Prinsip Perlindungan Data Peribadi serta Seksyen 130 Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 [Akta 709] mengenai pengumpulan atau penzahiran data peribadi secara menyalahi undang-undang.
Menurut JPDP lagi tindakan penguatkuasaan sewajarnya juga akan diambil jika hasil siasatan mendapati ada berlaku ketidakpatuhan terhadap Akta 709.
Katanya pihak JPDP memandang serius terhadap penzahiran tanpa kebenaran ke atas butiran akaun dan bil telefon pelanggan Maxis seperti yang tular di media sosial.
Setiap pengawal data perlu patuhi 7 Prinsip Perlindungan Data Peribadi
“JPDP menegaskan bahawa setiap pengawal data hendaklah mematuhi tujuh Prisip Perlindungan Data Peribadi, termasuk memastikan data peribadi pelanggan dilindungi daripada akses dan penzahiran tanpa kebenaran.
“Pengawal data turut diingatkan supaya sentiasa memperkukuh langkah keselamatan teknikal dan organisasi serta memastikan infrastruktur penyimpanan data dan sistem rangkaian berada pada tahan keselamatan yang sewajarnya,” jelasnya.
Apa itu JPDP?
Sebagai info, JPDP merupakan jabatan di bawah Kementerian Digital yang berfungsi untuk mengawalselia pemprosesan data peribadi individu dalam urus niaga komersial oleh pengguna data supaya tidak disalah guna dan disalah pakai oleh pihak yang berkepentingan.
Keselamatan data peribadi pengguna perlu dilindungi bagi mencegah sebarang bentuk penyalahgunaan terhadap penyimpanan atau pemprosesan data peribadi individu, awam dan swasta di Malaysia secara transaksi komersial adalah termaktub di bawah APDP ini.
Dalam menguatkuasakan APDP, JPDP telah mensyaratkan kepada semua golongan pengguna data peribadi yang terdiri daripada pihak individu mahupun swasta kecuali Kerajaan untuk berdaftar secara rasmi bagi tujuan melindungi hak-hak pengguna dan awam.
Terdahulu syarikat telekomunikasi, Maxis telah tampil memohon maaf dan memaklumkan pihak sedang menyisat insiden tular di media sosial berhubung butiran akaun seorang pelanggannya.
Dalam pada itu, MCMC turut memaklumkan akan mendapatkan laporan penuh mengenai perkara itu kerana bimbang wujud akses tanpa kebenaran terhadap sisstem dalaman sebuah syarikat telekomunikasi.
Writing about lifestyle is a passion that I can't deny. However, trending, current issues, and political views help me to dive into people's mind and behavior. Meanwhile, traveling is a way I enjoy and feed my inner soul to come out with fresh idea and creative writing.