Now Reading
Tiada Sebarang Kempen Khas Tukar Alamat Pada MyKad – JPN

Tiada Sebarang Kempen Khas Tukar Alamat Pada MyKad – JPN

Menurut JPN di laman Threads, undang-undang berkaitan kewajipan mengemas kini maklumat sememangnya wujud di bawah Peraturan 15, Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990 (PPPN 1990).

Ringkasan
  • Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menegaskan tiada kempen khas yang mewajibkan orang ramai mengemas kini alamat pada MyKad.
  • Tanggungjawab memastikan maklumat MyKad tepat dan terkini terletak pada setiap pemilik MyKad, bukan atas arahan kempen khas.
  • Orang ramai digalakkan mendapatkan maklumat daripada sumber rasmi JPN bagi mengelakkan kekeliruan dan keresahan dalam masyarakat.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menegaskan tiada sebarang kempen khas yang mewajibkan orang ramai mengemas kini atau menukar alamat pada MyKad.

JPN menerusi satu kenyataan bagaimanapun berkata, undang-undang berkaitan kewajipan mengemas kini maklumat sememangnya wujud di bawah Peraturan 15, Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990 (PPPN 1990).

“Namun, JPN menekankan bahawa tanggungjawab memastikan maklumat pada MyKad sentiasa tepat dan terkini adalah terletak pada setiap pemilik MyKad.”

Pengemaskinian Maklumat Hanya Akan Dilaksana Apabila Pemilik Hadir Kemuka Permohonan

Tambahnya, pengemaskinian maklumat berkenaan hanya akan dilaksanakan apabila pemilik hadir mengemukakan permohonan bagi tujuan tersebut.

Sehubungan itu, JPN sentiasa menggalakkan pemilik MyKad supaya cakna dan mengambil inisiatif untuk mengemas kini maklumat apabila berlaku sebarang perubahan, selaras dengan tanggungjawab yang ditetapkan.

“Dalam masa yang sama, orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa mendapatkan maklumat daripada sumber rasmi dan tidak membuat tafsiran sendiri berdasarkan perkongsian yang tidak lengkap atau di luar konteks.”

Menurut JPN lagi, sebarang kemusykilan berkaitan peruntukan undang-undang atau urusan perkhidmatan JPN boleh dirujuk terus kepada saluran rasmi Jabatan bagi memastikan maklumat yang diterima adalah tepat serta mengelakkan kekeliruan dan keresahan dalam kalangan masyarakat.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.