Kerjasama BN dan PN pada PRN Negeri Sembilan adalah persefahaman dan bukan perjanjian, kata Ahmad Zahid
BN akan bertanding di 25 kerusi DUN manakala PN 11 kerusi sebagai langkah taktikal merampas kembali Negeri Sembilan daripada Pakatan Harapan.
Perkara sama turut dibangkitkan Tok Mat yang menjelaskan persefahaman ini bukan bermaksud parti-parti itu akan bergabung.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami!
Follow Kami
Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Mereka yang mengikuti rapat perkembangan dunia politik pasti mengetahui Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) akan bekerjasama pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan Ke-16.
Menerusi kerjasama ini, BN akan bertanding di 25 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) manakala PN 11 dipercayai sebagai satu strategi berdepan Pakatan Harapan (PH).
Jajaran BN + PN pastinya menarik perhatian hingga ada yang beranggapan adalah tidak mustahil perkara ini akan mengaktikan kembali Muafakat Nasiona 2.0 antara UMNO dan PAS di masa akan datang.
Terbaharu Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan kerjasama gabungan itu bersama PN hanyalah satu satu persefahaman dan bukannya perjanjian atau kesepakatan.
Menurut Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri, BN percaya ia adalah satu langkah taktikal dalam menjayakan misi gabungan itu untuk merampas kembali Negeri Sembilan.
“Kita akan pastikan koordinasi yang dilakukan ini bukan satu perjanjian, bukan satu kesepakatan tetapi sebagai satu persefahaman.
“Persefahaman ini cukup penting bagi kita kerana kita dulu hanya mempunyai 14 kerusi dimenangi di bawah BN.
“Insya Allah, dengan langkah taktikal yang kita lakukan ini, Negeri Sembilan akan kembali ditadbir oleh BN.
“Gelombang biru ini sudah datang ke Negeri Sembilan, insya Allah,” kata Ahmad Zahid dipetik Harian Metro ketika mengiringi Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan ke Pusat Penamaan Calon di Dewan Seri Rembau, Majlis Daerah Rembau.
BN dan PN jalin kerjasama bukan bergabung, persefahaman untuk maksimumkan sokongan pengundi – Tok Mat
Perkara sama turut dimaklumkan Mohamad Hasan atau lebih mesra dengan panggilan Tok Mat.
Jelas penyandang dan calon BN di DUN Rantau itu, persefahaman yang dijalinkan antara kedua-dua gabungan ini bukanlah bermaksud penggabungan.
Sebaliknya ia adalah satu usaha saling membantu bagi memastikan gerak kerja pilihan raya berjalan dengan lebih tersusun dan berkesan.
“Seperti di Johor, kita juga jalankan persefahaman. Jadi, saya harap di Negeri Sembilan dapat saling membantu supaya usaha dapatkan sokongan pengundi dapat dimaksimumkan,” katanya dipetik Kosmo.
Dalam pada itu Zahid menyeru jentera BN supaya bekerja keras bagi memastikan kejayaan Tok Mat dan calon-calong BN yang lain.
“Moga-moga dengan cara dan semangat baharu, gelombang biru yang datang, kita doakan dan kita bekerja supaya majoriti lebih tinggi.
“Kita hormati institusi adat dan Raja, kita tatang. Insya Allah Tok Mat, kita tak tebuk atap, kita buka atap baharu,” katanya.
Terdahulu Pengerusi PN, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata pihaknya tidak menolak kemungkinan akan meneruskan kerjasama BN pada pilihan raya mendatang sekiranya kerjasama pada PRN N9 memberikan keputusan positif.
Jelas Ahmad Samsuri lagi, pihaknya sentiasa menilai setiap pilihan raya bagi membolehkan kedua-dua gabungan melakukan penambahbaikan pada masa hadapan.
Beliau juga percaya jajaran politik baharu itu berpotensi mewujudkan kestabilan politik yang lebih baik.
The name is Ahmed Faez Amir. I steer BuzzKini's editorial voice and online presence, consulting senior leadership when it matters . Outside of work, I enjoy working with audio, composing music, reading, and camping whenever I get the chance.