Now Reading
PRN Negeri Sembilan: Muhyiddin Umum Bersatu Guna Logo Sendiri

PRN Negeri Sembilan: Muhyiddin Umum Bersatu Guna Logo Sendiri

Menurut Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin penggunaan simbol sendiri itu juga akan memudahkan kepada pengundi untuk membezakan calain daripada parti terbabit dengan parti-parti lain di dalam gabungan PN.

Ringkasan
  • Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan parti itu akan menggunakan logo sendiri bagi PRN Negeri Sembilan daripada menggunakan simbol Perikatan Nasional (PN).
  • Keputusan itu dilakukan selepas ambil kira maklum balas daripada ahli dan pengundi yang dakwa keliru apabila Bersatu menggunakan simbol PN dan menyebabkan ada yang menyalahkan parti atas beberapa keputusan yang tak dilakukan oleh parti berkenaan.  
  • Muhyiddin sahkan Bersatu masih di dalam gabungan PN, dan senarai calon bagi parti tersebut akan diumumkan 17 Julai ini. 

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Selepas selesai Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor kini tiba pula giliran Negeri Sembilan untuk memberikan semula mandat kepada rakyat untuk memilih wakil rakyat di 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang dipertandingkan pada PRN N9 ke-16, 1 Ogos ini.

Muhyiddin maklumkan Bersatu guna logo sendiri untuk PRN Negeri Sembilan, ahli & pengundi dakwa ada kekeliruan

Terbaharu Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin memaklumkan parti tersebut mengambil keputusan akan menggunakan simbol atau logonya sendiri bagi PRN di Negeri Sembilan.

Menurut beliau perkara itu diumumkan selepas Bersatu mengambil kira maklum balas daripada ahli termasuk pengundi yang mendakwa terdapat kekeliruan ke atas pendirian parti berkenaan sewaktu menggunakan simbol Perikatan Nasional (PN).

Katanya, keadaan tersebut secara tidak langsung telah menyebabkan ada pengundi yang menyalahkan parti berkenaan ke atas beberapa keputusan yang sebenarnya tidak dilakukan oleh Bersatu.

Ambil kira pengalaman ketika PRN di Johor

“Kita mengambil kira pengalaman di Johor. Berlaku kekeliruan di peringkat akar umbi sehingga ada yang marah kepada Bersatu walaupun keputusan tertentu bukan datang daripada kita.

“Jadi kita fikir lebih baik pengundi dapat mengenali calon Bersatu dengan jelas melalui simbol parti sendiri di atas kertas undi,” ujarnya, lapor Malaysia Gazette.

Guna simbol sendiri untuk mudahkan pengundi

Selain itu beliau turut menjelaskan penggunaan logo sendiri juga akan memudahkan pengundi untuk membezakan calon daripada parti berkenaan dengan parti-parti lain di dalam gabungan PN.

Keputusan untuk menggunakan simbol sendiri bagaimanapun tidak mengubah kedudukan parti tersebut sebagai parti komponen PN, bahkan parti itu masih kekal dalam gabungan terbabit.

Tambah Muhyiddin lagi, apa-apa keputusan berhubung hala tuju parti berkenaan di dalam PN akan dilakukan sebaik PRN di Negeri Sembilan melabuhkan tirainya.

Umum senarai calon 17 Julai ini

Sementara itu, Muhyiddin turut memaklumkan Bersatu akan mengumumkan senarai calonnya bagi PRN Negeri Sembilan pada Jumaat (17 Julai) sebaik segala keputusan dalaman sudah dimuktamadkan.

Dalam pada itu, Muhyiddin menerusi satu kenyaataan berkata PN yang dipimpin oleh PAS telah menyimpang dari matlamat dan dasar perjuangan PN yang antaranya mempertahankan ciri-ciri Malaysia sebagai sebuah negara majmuk, berbilang kaum, agama, sosial, dan wilayah.

“Kenyataan pemimpin PAS, mutakhir ini mengundang kesangsian rakyat terutamanya anak muda mengenai komitmen PN untuk terus mempertahankan Malaysia sebagai sebuah negara pelbagai kaum dan agama yang stabil, aman dan harmoni.”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.