Now Reading
Pemandu Dipercayai Mabuk Langgar MPV Polis Di Melaka

Pemandu Dipercayai Mabuk Langgar MPV Polis Di Melaka

Kata Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Melaka, Supt Muhammad Zaki ujian saringan pernafasan yang dilakukan terhadap pemandu berkenaan menunjukkan bacaan melebihi had yang dibenarkan.

Ringkasan
  • Pemandu berusia 28 tahun dipercayai mabuk telah bertindak melanggar MPV Polis di Melaka. 
  • MPV PDRM berkenaan berhenti di bahu jalan dan menyalakan lampu beacon dan lampu kecemasan sewaktu dilanggar pemandu itu. 
  • Ujian saringan pernafasan yang dilakukan ke atas pemandu menunjukkan bacaan melebihi had yang dibenarkan, kes disiasat mengikut Seksyen 45A(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Setiap yang memiliki lesen memandu pasti tahu mengenai larangan memandu di bawah pengaruh alkohol. Ini kerana tindakan tersebut bukan sahaja menyalahi undang-undang bahkan mengundang kepada risiko kemalangan yang tinggi.

Pemandu mabuk langgar MPV polis

Terbaharu seorang pemandu telah bertindak melanggar sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang ketika itu sedang membuat rondaan di kawasan pentadbiran Balai Polis Kandang dan Balai Polis Tiang Dua pada pagi 8 Julai lalu (Khamis).

Pemandu yang melanggar MPV berkenaan turut dipercayai memandu di bawah pengaruh alkohol dalam insiden yang berlaku di Lebuh AMJ-Semabok, Melaka Tengah.

MPV polis sedang berhenti di bahu jalan sebelum insiden kenderaan dirempuh dengan pemandu mabuk

Menurut Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Melaka, Superintenden Muhammad Zaki Ramat memaklumkan insiden itu berlaku sekitar jam 6.45 pagi.

Insiden terjadi sewaktu kenderaan MPV polis terbabit berhenti di bahu jalan untuk melakukan pemeriksaan terhadap sebuah kenderaan.

Lampu beacon dan lampu kecemasan MPV polis juga dinyalakan, tiada kecederaan dan kemalangan menyebabkan kedua-dua kenderaan alami kerosakan

Ujarnya, sewaktu berhenti di bahu jalan itu lampu beacon (mata arah) serta kecemasan pada kenderaan MPV polis juga sudah dipasang untuk memastikan keselamatan anggota yang sedang menjalankan tugas.

“Bagaimanapun, sebuah kereta yang datang dari arah belakang dipercayai telah melanggar bahagian sisi kanan belakang MPV PDRM berkenaan.

“Tiada sebarang kecederaan dilaporkan dalam kejadian itu dan kemalangan hanya mengakibatkan kerosakan pada kedua-dua kenderaan,” jelasnya, lapor Sinar Harian.

Ujian saringan pernafasan tunjuk bacaan melebihi had, air kencing negatif daripada salah guna dadah

Hasil siasatan lanjut yang dilakukan mendapati pemandu tersebut berusia 28 tahun dan merupakan warga tempatan.

Tambah beliau lagi, hasil ujian saringan pernafasan yang dilakukan ke atas pemandu itu menunjukkan bacaan melebihi had yang dibenarkan.

Namun saringan air kencing menunjukkan lelaki itu negatif dari sebarang penyalahgunaan dadah.

“Suspek telah ditahan bagi membantu siasatan dan akan dibawa ke Mahkamah Majistret Ayer Keroh untuk permohonan reman.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 45A(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan lanjut masih diteruskan.”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.