Now Reading
Lelaki Warga Asing Cuba Lari Daripada JPJ, Rupanya Tiada Lesen & Buat 3 Kesalahan

Lelaki Warga Asing Cuba Lari Daripada JPJ, Rupanya Tiada Lesen & Buat 3 Kesalahan

Menurut Pengarah JPJ Kedah, antara kesalahan yang dilakukan oleh lelaki warga asing tersebut adalah tidak memberi isyarat ketika membelok ke kiri serta memandu tanpa kawalan sewajarnya.

Ringkasan
  • Seorang lelaki Rohingya memecut Perodua Kelisa dipandu sewaktu pemeriksaan JPJ di Sungai Petani. 
  • Lelaki warga asing itu turut dilaporkan melakukan tiga kesalahan pemanduan dan dua kesalahan teknikal melibatkan kenderaan. 

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Umum mengetahui lesen memandu yang sah adalah satu dokumen yang sangat penting sekiranya ingin memandu di jalan raya di Malaysia. Individu yang tidak memiliki lesen yang sah boleh dikenakan tindakan undang-undang.

Lelaki Rohingya pecut Perodua Kelisa ketika pemeriksaan JPJ

Terbaharu seorang lelaki Rohingya telah bertindak memecut laju kereta Perodua Kelisa yang dipandunya sewaktu pemeriksaan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di Sungai Petani, Kedah, semalam (8 Julai).

Tindakan lelaki itu bagaimanapun berjaya dipintas oleh anggota JPJ sebelum ditahan dalam operasi Ops Pewa di Kilometer 1, Jalan Padang Temusu.

Rupanya tak ada lesen memandu, buat 3 kesalahan memandu & 2 kesalahan tenikal babitkan kereta

Menurut Pengarah JPJ Kedah, Stien Van Lutam menerusi pemeriksaan dilakukan mendapati lelaki terbabit tidak mempunyai Lesen Memandu Kompeten (CDL) yang sah untuk warga asing.

Bukan hanya itu, pemandu berkenaan juga telah melakukan sebanyak tiga kesalahan pemanduan serta dua kesalahan teknikal yang melibatkan kenderaan.

Ujar beliau, antara kesalahan pemanduan yang dilakukan oleh pemandu warga asing itu:

  • Tidak memberi isyarat ketika membelok ke kiri
  • Tidak rapat kiri ketika membelok
  • Memandu tanpa kawalan yang sewajarnya

Lampu isyarat pada kereta dipandu tak berfungsi bagi kesalahan teknikal

“Selain itu, kenderaan itu juga didapati lampu isyaratnya tidak berfungsi.

“Lelaki etnik Rohingya berusia sekitar 45 tahun dan dia sedang menunggu rakannya di kedai makan sebelum memecut laju sebaik menyedari kehadiran pegawai JPJ dari belakang,” jelasnya, lapor Harian Metro.

JPJ sita kenderaan dipandu lelaki warga asing

Ekoran daripada kesalahannya itu, kereta yang dipandu telah disita serta dihantar ke Depoh Sita Stesen Penguatkuasa JPJ Kuala Ketil bagi tindakan lanjut.

Tambahnya lagi, pemilik kereta terbabit juga dikenakan tindakan selain perlu menghadirkan diri ke mahkamah. Perkar itu disebabkan pemilik membenarkan individu tanpa lesen memandu menggunakan kenderaannya.

“Sehubungan itu, JPJ Kedah menegaskan cubaan melarikan diri daripada pemeriksaan tidak akan sesekali menghalang tindakan penguatkuasaan.

“Operasi akan terus dipergiat memastikan undang-undang dipatuhi dan keselamatan pengguna jalan raya terus terpelihara.”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.