Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Onn Hafiz dedah PRN Johor diadakan tak ada kaitan dengan Najib Razak
Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi tampil membidas dakwaan setengah pihak khususnya Pakatan Harapan (PH) yang mengatakan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dibuat kerana mahu membebaskan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak serta menyifatkan ia adalah hasutan.
Kata beliau PRN Johor itu dilakukan adalah untuk kembalikan mandat kepada rakyat.
Sifatkan ia satu hasutan kepada rakyat
“PRN ini diadakan sebab kita nak bagi mandat balik kepada rakyat. Tak ada kena-mengena dengan Datuk Seri Najib.
“Ini antara contoh hasutan yang nak dibuat kepada rakyat, nak bagi orang marah, nak bagi orang benci. Tapi bangsa Johor tak macam itu.
“Kita lebih cerdik daripada apa yang dia fikirkan. Bagi saya itulah cara mereka daripada dulu menghasut dan menjanjikan bulan bintang.
“Itu strategi mereka daripada dulu dan inilah mentaliti pembangkang. Elok jadi pembangkang sahaja,” ujarnya.
Asyraf Wajdi jelaskan pembebasan Najib hanya boleh dilakukan melalui pengampunan YDP Agong
Sementara itu Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menerusi Facebook turut menyangkal dakwaan berkenaan dan menjelaskan pembebasan adalah dengan kuasa mutlak pengampunan Yang Dipertuan Agong mengikut Perkara 42(1) Perlembagaan Persekutuan.
Selain itu, beliau juga meminta agar berkempen secara berhemah dan mempersoal apakah kaitan pilihanraya dengan pembebasan seseorang.
“Kempenlah secara berhemah! Sejak bila pembebasan seseorang ditentukan melalui Pilihanraya? Datuk Seri Najib hanya boleh bebas dengan kuasa mutlak pengampunan YDP Agong mengikut Perkara 42(1) Perlembagaan Persekutuan,” katanya.
Minta kemukakan tawaran realistik macam mana nak lawan agenda Maju Johor 2030 ditawarkan BN
Di ruangan komen beliau turut mengatakan PH cuba membohongi rakyat seolah-olah jika Barisan Nasional (BN) menang PRN Johor maka Najib akan dibebaskan.
“Saya pelik betul kempen PH daripada setinggi-tinggi pemimpin sampailah ke peringkat bawah seolah-olah tiada modal lain dalam kempen PRN Johor.
“Di mana-mana asyik menjaja nama Datuk Seri Najib. Cuba membohongi rakyat seolah-olah jika BN menang PRN Johor maka Datuk Seri Najib akan dibebaskan.
“Aduhai, takkanlah rakyat Johor boleh diperbodohkan sebegitu rupa. Apa kaitan Pilihanraya dengan pembebasan pula? Sekarang rakyat sudah cerdik bukan senang dipermainkan sebagaimana era 2018 dengan janji-janji bohong bulan dan bintang.
“Pembebasan Datuk Seri Najib hanya ada satu sahaja cara sebagaimana Datuk Seri Anwar Ibrahim dahulu, iaitu melalui kuasa pengampunan YDP Agong, sebagai mana termaktub dalam Perkara 42(1) Perlembagaan Persekutuan.
“Patutnya sebagai sebahagian daripada Kerajaan Persekutuan, PH perlu lebih berhemah dan berfakta dalam kempen-kempen PRN Johor. Kemukakanlah tawaran realistik kepada rakyat macam mana nak lawan agenda MAJU Johor 2030 yang ditawarkan BN. Ini zaman politik idea dan fakta, bukan lagi politik sentimen dan auta,” ujarnya lagi.
Sebelum ini, beberapa pihak dari PH mendakwa Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor diadakan awal kerana ada pihak mahu kembali berkuasa untuk membebaskan Najib Razak.
Isu ini menjadi lebih panas selepas anak Najib, Datuk Seri Nazifudin bahawa UMNO perlu menang besar bagi membolehkan bapanya itu dibebaskan.
BACA ARTIKEL BERKAITAN: Anwar Ibrahim Dakwa PRN Johor Dibuat Awal Demi Bebaskan Najib Razak
Afifa Syahirah
Writing about lifestyle is a passion that I can't deny. However, trending, current issues, and political views help me to dive into people's mind and behavior. Meanwhile, traveling is a way I enjoy and feed my inner soul to come out with fresh idea and creative writing.