‘Nama Anak Ada Dalam Senarai Sasaran Nombor 10’ – Bapa Pelajar Sekolah Ditikam Di Banting
Namun menurut bapa mangsa, Mohd Firuz Ibrahim, 43, dia tidak pasti sama ada senarai nama sasaran serangan yang tular itu benar-benar ditulis oleh suspek ataupun hanyalah rekaan.
Bapa mangsa tikaman di sebuah sekolah di Banting, Mohd Firuz Ibrahim, mengesahkan nama anaknya berada di nombor 10 dalam senarai sasaran suspek yang tular di media sosial.
Mohd Firuz tidak pasti sama ada senarai nama tular itu benar-benar ditulis suspek atau sekadar rekaan, dan menyerahkan kes kepada polis untuk siasatan lanjut.
Suspek berusia 15 tahun, disahkan orang kurang upaya (OKU) autistik, direman empat hari bermula 7 Julai bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami!
Follow Kami
Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Murid perempuan yang cedera ditikam sebanyak 16 kali di sebuah sekolah di Banting, Selangor semalam (6 Julai) dipercayai merupakan salah seorang daripada 10 individu yang berada dalam senarai nama didakwa sasaran suspek.
Perkara itu dimaklumkan sendiri bapa mangsa, Mohd Firuz Ibrahim, 43, yang mendedahkan bahawa anaknya merupakan individu ke-10 di dalam senarai nama terbabit.
Tular Di Media Sosial Dokumen Bertulis Didakwa Milik Suspek
Sebelum ini, tular di media sosial menunjukkan beberapa helaian kertas didakwa milik suspek berusia 15 tahun itu.
Selain surat yang disyaki merupakan pelan pembunuhan beramai-ramai, terdapat juga senarai nama sasaran bunuh yang didakwa milik suspek.
“Nampaknya nama anak saya ada dalam senarai itu di nombor 10,” kata Mohd Fairuz, lapor Berita Harian.
Sumber: Media sosial
Bapa Tak Pasti Sama Ada Surat & Senarai Nama Tular Ditulis Oleh Suspek
Pun begitu, jelas Mohd Firuz, dia tidak pasti sama ada senarai nama itu benar-benar ditulis oleh suspek ataupun hanyalah rekaan.
Susulan itu, si bapa telah memberi keterangan kepada pihak polis dan menyerahkan kes tersebut kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan lanjut berhubung foto dokumen tular.
Bapa Mangsa Sebelum Ini Nafi Anaknya Merupakan Sasaran Suspek Tikam
Sebelum ini, Mohd Firuz berkata bahawa suspek merupakan rakan sekelas anaknya semasa berada di Tingkatan Dua.
Bagaimanapun memetik laporan media, si bapa semalam menafikan bahawa anaknya merupakan sasaran kejadian serangan mengejutkan itu sebaliknya hanya tidak sempat melarikan diri.
“Mereka kenal satu sama lain. Mereka rakan sekelas tahun lepas. Namun saya rasa anak saya bukan sasaran.
“Mungkin dia mahu menyasarkan orang lain, tetapi anak saya kebetulan berada paling dekat dengannya. Mungkin juga kerana badan anak saya agak besar, dia tidak sempat melarikan diri,” katanya.
Bertanya tentang dakwaan insiden ini berkait dengan kes buli, Mohd Firuz menjelaskan bahawa anak perempuannya bukan seorang pembuli dan jarang keluar dari rumah tanpa ditemani oleh ibu atau bapanya.
“Keluarga kami tidak mengenali keluarga suspek dan setakat ini masih belum ada sebarang hubungan atau pertemuan antara kedua-dua keluarga.
“Namun, kami terbuka untuk mengadakan pertemuan sekiranya cadangan sedemikian dikemukakan,” katanya.
Pelajar perempuan berusia 15 tahun yang disyaki menikam rakan sekolahnya direman selama empat hari bermula hari ini, 7 Julai bagi membantu siasatan.
Kes disiasat di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan.
Sementara itu, peguam bela dari Peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Vijeswari Devi mendedahkan bahawa suspek merupakan orang kurang upaya (OKU), iaitu seorang autistik.
Gabungkan penulisan, reka bentuk visual & kreativiti untuk jadikan cerita trending, gaya hidup, berita lebih catchy di BuzzKini. Canva pula jadi tempat eksperimen dengan bermacam-macam idea. ๋࣭ ⭑✮💻₊ ⊹