Now Reading
PRN Johor: Anwar Konsisten Lawan Rasuah, Sewajarnya Dapat Sokongan Penuh – Penganalisis

PRN Johor: Anwar Konsisten Lawan Rasuah, Sewajarnya Dapat Sokongan Penuh – Penganalisis

Menurut Profesor Adjung Universiti SEGI, Dr Sarraf Rajesh, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga merupakan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) telah membuktikan komitmen yang konsisten dalam membanteras rasuah serta memperkukuhkan integriti pentadbiran negara.

Ringkasan
  • Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sewajarnya mendapat sokongan penuh rakyat kerana komitmen konsisten membanteras rasuah dan memperkukuhkan integriti pentadbiran negara.
  • Usaha membanteras rasuah bukan sekadar agenda politik tetapi merupakan tanggungjawab nasional yang menentukan masa depan Malaysia di peringkat antarabangsa.
  • Persaingan politik tidak seharusnya menjejaskan reformasi kerajaan kerana kerjasama semua pihak mampu mempercepat pencapaian matlamat nasional untuk kesejahteraan rakyat.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Semalam (5 Julai), Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa ada parti politik yang tidak senang dan berpakat untuk menjatuhkannya dek kerana kerajaan di bawah pimpinannya tegas dalam membanteras rasuah serta salah guna kuasa.

Tegas Anwar dalam ucapannya di Majlis Ramah Mesra Bersama PMX bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Senggarang sempena Raya Negeri (PRN) Johor, pihaknya tidak akan berkompromi dengan amalan mencuri wang rakyat atau menyalahgunakan kuasa untuk kepentingan peribadi.

Konsisten Banteras Rasuah & Kukuh Intergriti pentadbiran, Anwar Sewajarnya Dapat Sokongan Penuh- Penganalisis

Mengulas lanjut tentang kenyataan itu, Profesor Adjung Universiti SEGI, Dr Sarraf Rajesh berpendapat Anwar sewajarnya mendapat sokongan penuh rakyat.

Ini kerana jelasnya Anwar yang juga merupakan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) telah membuktikan komitmen yang konsisten dalam membanteras rasuah serta memperkukuhkan integriti pentadbiran negara.

Terang Sarraf yang juga merupakan penganalisis, Anwar telah menunjukkan kesungguhan untuk mengukuhkan aspek integriti, ketelusan serta akauntabiliti dalam tadbir urus kerajaan sejak beliau menerajui pentadbiran negara.

Ini kerana pendekatan yang dilakukan bukan hanya menekankan kepada penguatkuasaan undang-undang.

Malah, turut membudayakan amalan tadbir urus yang beretika, profesional dan bertanggungjawab.

“Langkah-langkah yang diperkenalkan mencerminkan iltizam tinggi untuk memastikan Malaysia dibangunkan berasaskan prinsip keadilan, kejujuran dan pentadbiran yang bersih demi kesejahteraan rakyat serta kemajuan negara.

“Rasuah merupakan antara cabaran terbesar yang telah lama membelenggu negara. Ia bukan sahaja menyebabkan ketirisan hasil negara, malah menjejaskan pembangunan ekonomi, kesejahteraan sosial dan keyakinan rakyat terhadap institusi awam,” katanya yang dipetik dari Sinar Harian.

Banteras Rasuah Bukan Sekadar Agenda Politik, Ia Tanggungjawab Nasional – Penganalisis

Jelas Sarraf, usaha untuk membanteras rasuah bukan hanya sekadar agenda politik namun ia merupakan agenda nasional.

Ia sekaligus menentukan masa depan Malaysia sebagai sebuah negara maju, berdaya saing serta dihormati di peringkat antarabangsa.

Tambahnya lagi, langkah sebegitu memerlukan keberanian politik, ketegasan kepimpinan, kesabaran serta kesediaan untuk menempuh pelbagai cabaran serta halangan.

“Kejayaan membanteras rasuah memerlukan kerjasama semua pihak tanpa mengira latar belakang politik kerana manfaatnya akan dinikmati oleh seluruh rakyat Malaysia.

“Dalam suasana politik yang semakin mencabar, setiap pihak sewajarnya mengutamakan kepentingan negara mengatasi kepentingan politik sempit,” jelasnya.

Persaingan Politik Adalah Lumrah Tetapi Tidak Seharusnya Jejas Reformasi Yang Memanfaatkan Rakyat

Pada masa yang sama, Sarraf menjelaskan persaingan dalam politik adalah lumrah dalam sistem demokrasi.

Namun terang penganalisis itu, ia tidak seharusnya menjejaskan usaha kerajaan untuk membuat reformasi yang memberi manfaat kepada rakyat.

Ini kerana jelasnya, kerjasama antara semua pihak mampu mempercepat pencapaian matlamat nasional, meningkatkan daya saing ekonomi serta mengukuhkan kedudukan negara di pentas antarabangsa.

“Saya percaya komitmen kerajaan yang dipimpin Anwar dalam memperkukuhkan integriti, ketelusan dan akauntabiliti merupakan langkah penting demi masa depan negara.

“Dengan kepimpinan berwawasan, sokongan padu rakyat serta kerjasama semua pihak, Malaysia berpotensi muncul sebagai negara yang benar-benar berintegriti, bebas daripada amalan rasuah, dihormati di peringkat antarabangsa dan menjadi contoh kecemerlangan tadbir urus kepada dunia,” katanya.

Baca Artikel Berkaitan: PRN Johor: “Jangan Sombong & Lupa Daratan” – Anwar Ingatkan Semua Berkempen Dengan Sopan

Baca Artikel Berkaitan: PRN Johor: Muhyiddin Ajak Rakyat Kenang Jasa PN, Urus Negara Ketika Covid-19

Baca Artikel Berkaitan: Senarai Penuh Calon PRN Johor Ke-16

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.