Siap Bagi Amaran & Pesan Jangan Bagitahu Sesiapa, Bapa Ditahan Disyaki Jadikan Anak Kandung Tempat Pemuas Nafsu
Menurut Ketua Polis Daerah Setiu, Superintenden Zahril Asri Mohd Zain, pihaknya menerima laporan daripada mangsa pada 15 Jun lalu kira-kira jam 3.54 petang.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Bagi seorang anak, ibu dan bapalah insan yang paling dipercayai serta dijadikan sebagai tempat berlindung.
Lelaki Ditahan Disyaki Jadikan Anak Kandung Tempat Pemuas Nafsu
Namun, berbeza pula dengan seorang lelaki yang bergelar bapa di Terengganu apabila dia disyaki menjadikan anak kandungnya sebagai tempat pemuas nafsu.
Lebih menjijikkan, dia dipercayai melakukan perbuatan keji itu sejak mangsa berusia enam tahun.
Perbuatan Terbongkar Selepas Anak Buat Laporan Polis
Walau bagaimanapun, lelaki terbabit telahpun ditahan kira-kira jam 6 petang pada Sabtu (20 Jun) lalu selepas perbuatannya itu terbongkar apabila mangsa yang kini berusia 15 tahun membuat laporan polis.
Menurut Ketua Polis Daerah Setiu, Superintenden Zahril Asri Mohd Zain, tangkapan terhadap lelaki itu dibuat oleh sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Setiu.
Perbuatan Terbaharu Pada Mei Lalu, Panggil Anak Masuk Bilik Tidur – OCPD Setiu
Jelas Zahril Asri, suspek yang merupakan seorang lelaki tempatan ditahan selepas pihaknya menerima laporan daripada mangsa pada 15 Jun lalu.
”Pihak polis menerima laporan daripada seorang remaja perempuan berusia 15 tahun jam lebih kurang 3.54 petang.
”Mangsa mendakwa dalam kejadian terbaharu pada 29 Mei lalu sekitar jam 12 tengah hari, dia bersama adik perempuannya sedang berada di rumah sebelum dipanggil bapanya masuk ke dalam bilik tidur,” katanya.
Anak Kandung Jadi Tempat Pemuas Nafsu Sejak Usia 6 Tahun, Siap Pesan Jangan Cerita Kepada Sesiapa
Terang Zahril Asri, suspek kemudiannya telah bertindak melakukan perbuatan seksusal terhadap mangsa dalam bilik tersebut.
Lebih mengejutkan, suspek turut memberi amaran serta pesanan kepada mangsa agar tidak memberitahu insiden terkutuk itu kepada sesiapa.
Malah apa yang menyedihkan, mangsa kini mengalami kemurungan dan trauma akibat perbuatan keji lelaki terbabit.
”Siasatan awal mendapati perbuatan terkutuk itu dipercayai dilakukan suspek sejak mangsa berusia enam tahun lagi. Akibat kejadian itu, mangsa kini mengalami kemurungan dan trauma,” katanya.
Suspek Direman Selama 7 Hari Bantu Siasatan
Terang Zahril Asri, pihaknya telah mengemukakan permohonan reman di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah (KPJ) semalam (21 Jun).
”Mahkamah membenarkan suspek direman selama tujuh hari bermula 21 hingga 27 Jun ini bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan,” katanya lagi.
Baca Artikel Berkaitan: Bapa Durjana Jadikan Dua Anak Kandung Hamba Seks Sehingga Hamil
Baca Artikel Berkaitan: Kejam! Bapa Bunuh & Tanam 7 Bayi Hasil Sumbang Mahram Dengan Anak Kandung, Kononnya Ritual Jadi Kaya
Habiskan 1/3 dari 24 jam sehari dengan menulis. Isu trending, lifestyle dan apa sahaja yang dekat dengan realiti kehidupan seharian jadi 'makanan' saya di BuzzKini ✍️✨.






