Now Reading
Undang Yang Empat N9 Arah Doakan Tunku Nadzaruddin Dalam Khutbah Jumaat

Undang Yang Empat N9 Arah Doakan Tunku Nadzaruddin Dalam Khutbah Jumaat

Menerusi surat tersebut arahan khutbah Jumaat mendoakan Tunku Nadzaruddin Tuanku Jaafar melibatkan kawasan di sekitar Luak Sungai Ujong, Luak Jelebu, Luak Rembau, dan Wilayah Tampin.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Pada 5 Jun yang lalu Undang Yang Empat telah memasyhurkan Tunku Nadzaruddin Tuanku Ja’afar sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-12.

Namun Pengelola Bijaya Diraja Datuk Azizi Mohamad Ali pada 9 Jun lalu memaklumkan pemasyhuran tersebut adalah tidak sah serta tidak diiktiraf dari sudut Perlembagaan, undang-undang serta adat istiadat Negeri Sembilan.

BACA ARTIKEL BERKAITAN: Istiadat Pemasyhuran Yang di-Pertuan Besar N9 ke-12 Di Melaka Tidak Sah, Kata Pengelola Bijaya Diraja

Undang Yang Empat arah doakan Tunku Nadzaruddin Tuanku Jaafar dalam khutbah Jumaat

Terbaharu Undang Yang Empat bersama Tunku Besar Tampin telah mengeluarkan arahan khutbah Jumaat mendoakan Tunku Nadzaruddin Tuanku Jaafar.

Memetik Malaysiakini, arahan terbabit telah dikeluarkan pada 9 Jun yang lalu kepada Mufti Negeri Sembilan, Prof Madya Datuk Dr Faudzinaim Badaruddin menerusi satu surat.

Arahan yang dikeluarkan melibatkan masjid di sekitar 4 kawasan

Arahan khutbah Jumaat mendoakan Tunku Nadzaruddin Tuanku Jaafar itu melibatkan masjid di sekitar kawasan:

  • Luak Sungai Ujong
  • Luak Jelebu
  • Luak Rembau
  • Wilayah Tampin

“Oleh yang demikian, berdasarkan kepada Perkara 181 (1) Perlembagaan Persekutuan serta prerogatif kami selaku Ketua Agama dalam Luak dan Wilayah kami, maka dengan ini mensabdakan untuk YB Sahibus Samahah mengarahkan Kadi-Kadi dalam Luak dan Wilayah kami untuk mendoakan Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Tuanku Nadzaruddin ibni Almarhum Tuanku Jaafar, Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 dalam khutbah kedua solat Jumaat berkuatkuasa serta merta.

“Kerjasama serta perhatian YB Sahibus Samahah dalam perkara ini amatlah kami hargai dan didahului dengan ucapan terima kasih jua. Sekian,” jelas dalam surat tersebut.

Peguam sahkan surat arahan dah dihantar ke Pejabat Mufti Negeri Sembilan

Perkara itu turut disahkan oleh peguam Undang Luak Jelebu, Mohd Khairul Azam Abdul Aziz yang menyatakan bahawa surat terbabit sudah dihantar kepada mufti.

Walau bagaimanapun Mohd Khairul tidak dapat mengesahkan sama ada arahan berkenaan dilaksanakan dia masjid-masjid tersebut.

Mufti Negeri Sembilan jelaskan perkara itu dibawah seliaan Jabatan Hal Ehwal Agama Negeri Sembilan

Dalam pada itu Mufti Negeri Sembilan turut mengesahkan surat tersebut dihantar ke pejabatnya.

Menurut Faudzinaim hal berkenaan adalah di luar bidang kuasanya. Ini kerana ia berada di bawah seliaan pihak Jabatan Hal Ehwal Agama Negeri Sembilan.

“Perkara tersebut adalah di luar bidang kuasa jabatan mufti. Ia di bawah Jabatan Hal Ehwal Islam Negeri Sembilan,” ujarnya, dipetik Malaysiakini.

BACA ARTIKEL BERKAITAN: Pengisytiharan Turunkan Yang Dipertuan Besar Tidak Diiktiraf – MB Negeri Sembilan

BACA ARTIKEL BERKAITAN: Isu Takhta Negeri Sembilan: Ini Apa Yang Kita Tahu Setakat Ini

BACA ARTIKEL BERKAITAN: Aminuddin Umum DUN Negeri Sembilan Bubar Jumaat, 5 Jun

BACA ARTIKEL BERKAITAN: Krisis N9: Anwar Sudah Menghadap Yang di-Pertuan Besar, Aminuddin Kekal Jalankan Tugas MB

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.