Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami!
Follow Kami
Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Keputusan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2025 merekodkan peningkatan dengan Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) nasional meningkat kepada 2.88 berbanding 2.85 pada STPM 2024.
Peningkatan 0.03 mata itu menjadikan PNGK STPM 2025 sebagai yang tertinggi sejak tahun 2013.
Menurut Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) seramai 1,336 calon berjaya meraih PNGK 4.0, manakala 18 pelajar mencatat pencapaian terbaik peringkat kebangsaan mengikut kategori.
Calon STPM dapat keputusan 5A & 4A juga meningkat
Selain itu bilangan calon yang mendapat 5A dalam semua mata pelajaran juga meningkat daripada 53 pada tahun 2024 menjadi 60 orang bagi STPM 2025.
Jumlah calon yang memperoleh 4A turut meningkat kepada 1,285 orang berbanding 1,228 calon pada tahun sebelumnya.
Pengerusi Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM), Profesor Datuk Dr Md Amin Md Taff berkata seramai 40,199 calon mendaftar untuk menduduki STPM 2025 berbanding 42,861 calon pada 2024.
“Daripada jumlah itu, sebanyak 38,144 calon atau 94.89 peratus hadir menduduki peperiksaan,” katanya dipetik Sinar Harian.
The name is Ahmed Faez Amir. I steer BuzzKini's editorial voice and online presence, consulting senior leadership when it matters . Outside of work, I make music, read, and go camping whenever I get the chance.