PAS Putus Kerjasama Politik Dengan BERSATU – Abdul Hadi Awang
Tambah Presiden PAS itu lagi, mesyuarat juga membuat ketetapan menerima hasrat tokoh-tokoh akademik, profesional, pemimpin politik, dan aktivis masyarakat untuk menyertai part itu.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
PAS hari ini (8 Jun) secara rasmi menghentikan kerjasama politik dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).
Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang dalam satu kenyataan berkata, perkara itu diputuskan sewaktu Mesyuarat Khas Jawatankuasa Kerja PAS Pusat yang diadakan pada malam tadi.
“Mesyuarat Khas Jawatankuasa Kerja PAS Pusat telah membuat beberapa ketetapan iaitu (pertama) memperakukan keputusan Mesyuarat Majlis Syura Ulamak pada 2 Jun 2026 berhubung pertimbangan dasar, hukum dan maslahah kerjasama politik PAS, atas prinsip penyatuan ummah
“Meneliti kedudukan dan hala tuju kerjasama politik PAS-BERSATU berdasarkan laporan, kajian dan penilaian semasa.”
Kata Hadi, Jawatankuasa Kerja PAS Pusat telah membuat ketetapan untuk “meneroka suatu bentuk persefahaman politik dan kerjasama pilihan raya (electoral pact) demi penyatuan ummah, bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri dan Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16)” yang bakal diadakan kelak.
PAS turut setuju terima hasrat golongan profesional termasuk pemimpin politik untuk sertai PAS
Tambah Abdul Hadi lagi, mesyuarat turut bersetuju menerima hasrat tokoh-tokoh akademik, profesional, pemimpin politik, dan aktivis masyarakat untuk menyertai PAS.
Menerusi video dan foto yang dikongsikan di media sosial, antara pemimpin PAS yang hadir adalah Pengerusi PN, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar; Ahli Parlimen Kubang Kerian, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man; Ahli Parlimen Bagai Serai, Datuk Idris Ahmad; Ahli Parlimen Kota Bharu, Datuk Seri Takiyuddin Hassan; Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim; Ahli Parlimen Pendang, Datuk Awang Hashim dan lain-lain.
Namun Ahmad Samsuri yang ditemui media dilihat hanya mengunci mulut dan enggan memberikan apa-apa komen.

Hubungan PAS-BERSATU retak sejak beberapa bulan lalu
Sebagai info hubungan antara PAS dan BERSATU dilaporkan mula retak sejak beberapa bulan lalu selepas beberapa pemimpin parti Islam berkenaan menzahirkan rasa tidak bersetuju dengan hala tuju parti pimpinan bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhydiddin Yassin itu.
Malah Abdul Hadi pada pertengahan Mei berkata PAS akan menilai semula kerjasama dengan BERSATU susulan beberapa tindakan parti itu yang dilihat melanggar semangat setia kawan parti komponen Perikatan Nasional (PN).
Ketua Penerangan BERSATU, Datuk Tun Faisal Ismail Aziz dalam satu kenyataan kemudiannya berkata parti itu berpandangan bahawa setiap perkara yang berbangkit wajar diteliti secara menyeluruh dalam semangat setiakawan, persefahaman dan tanggungjawab bersama demi memperkukuhkan perpaduan Perikatan Nasional.
Namun kenyataan itu dilihat tidak meredakan ketegangan sehingga ia berlarutan antara kedua-dua pihak.

I steer BuzzKini's editorial voice and online presence, consulting senior leadership when it matters while enjoying music, books, and the outdoors.




