Tular Aksi Pasangan Bermanja Dalam Kereta, JPJ Jalankan Siasatan [Video]
Dalam video yang dikongsikan, turut kelihatan wanita yang bersandar pada papan pemuka hadapan kereta Honda itu tidak memakai tali pinggang keselamatan.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Sebelum ini tular satu video di media sosial memapakarkan tindakan pasangan yang dilihat sedang bermanja-manja dalam sebuah kenderaan yang sedang berjalan.
Apa yang menjadi perhatian dalam video itu adalah kelihatan wanita berkenaan duduk pada kerusi penumpang dalam keadaan berbahaya.
Aksi wanita sandar pada dashboard sambil bermanja dengan pemandu lelaki raih perhatian
Menerusi video kelihatan wanita tersebut menyandarkan badannya pada dashboard depan sambil menghadap ke arah lelaki yang sedang memandu. Bahkan wanita tersebut turut dilihat tidak memakai tali pinggang keselamatan.
Video tersebut kemudiannya mendapat kritikan orang ramai yang menyifatkan ia satu tindakan tidak wajar dan mengundang kepada bahaya.
JPJ akan ambil tindakan, siasatan masih dijalankan
Terbaharu Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) memaklumkan bakal mengambil tindakan terhadap pemandu serta wanita berkenaan.
Jelas Pengarah Kanan Penguat kuasa JPJ, Datuk Muhammad Kifli Ma Hassan JPJ sedang melakukan siasatan berhubung insiden terbabit.
“Tindakan akan diambil terhadap pemandu dan penumpang kereta terbabit.
“Siasatan masih berjalan dan selepas selesai kita akan mengeluarkan saman kepada mereka,” jelasnya, dipetik Harian Metro.
View on Threads
Writing about lifestyle is a passion that I can't deny. However, trending, current issues, and political views help me to dive into people's mind and behavior. Meanwhile, traveling is a way I enjoy and feed my inner soul to come out with fresh idea and creative writing.



