Remaja Hilang Ketika Hiking, Nur Izzati Humaira Ditemukan Meninggal Dunia
Sebagai info, Nur Izzati Humaira sebelum ini dipercayai tersesat ketika menuruni bukit bersendirian pada Sabtu lalu sekitar jam 10 pagi kerana keletihan dan kepanasan.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Remaja perempuan, Nur Izzati Humaira Azizul, 19, yang dipercayai tersesat ketika mendaki Bukit Changkat Asa, Tanjung Malim, Perak pada Sabtu lalu (23 Mei) ditemukan meninggal dunia tengah hari tadi.
Khabar duka ini disahkan sendiri Penolong Pengarah Bahagian Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mokhtar selepas beberapa hari operasi mencari dan menyelamat (SAR) dijalankan bagi mengesan keberadaan mangsa.
Jelasnya, mayat mangsa ditemui kira-kira jam 11.59 tengahari tadi.
Mayat Nur Izzati Humaira Ditemui Sekitar Pos Kawalan Bomba
Memetik Buletin TV3, mayat mangsa ditemui kira-kira satu kilometer daripada lokasi Pos Kawalan Bomba.
Menurut Harian Metro pula, jenazah Nur Izzati itu ditemukan di luar laluan mendaki oleh anggota SAR.
Difahamkan, mayat mangsa telah dibawa keluar serta diserahkan kepada polis dan dihantar ke Hospital Kuala Kubu Bharu untuk bedah siasat.
“Mangsa ditemukan kira-kira 500 meter dari lokasi terakhir dia dilihat dan satu kilometer dari Pos Kawalan Tempat Kejadian (PKTK).
“Pasukan SAR mengambil masa 20 minit membawa mayat ke PKTK menggunakan pengusung,” kata Ahmad Mukhlis dipetik Bernama.
Setakat ini, maklumat mengenai punca kematian masih belum dikenal pasti.
Sebagai info, Nur Izzati Humaira sebelum ini dipercayai tersesat ketika menuruni bukit bersendirian pada Sabtu lalu sekitar jam 10 pagi kerana keletihan dan kepanasan.
Difahamkan arwah meninggalkan keluarga dan rakannya di belakang kerana mahu pergi tiba ke kereta lebih awal.
Bomba sebelum ini berkata tiada petunjuk baharu yang ditemui setakat operasi SAR yang memasuki hari keempat.
Inna lillahi wa inna ilayhi raji’un.
Baca Artikel Berkaitan: Kes Kehilangan Nur Izzati Humaira Ketika Hiking: Tular Suara Seakan Ketawa Ketika Operasi SAR [Video]
Gabungkan penulisan, reka bentuk visual & kreativiti untuk jadikan cerita trending, gaya hidup, berita lebih catchy di BuzzKini. Canva pula jadi tempat eksperimen dengan bermacam-macam idea. ๋࣭ ⭑✮💻₊ ⊹



