Polis Siasat Tony Pua Berkaitan Hantaran Di Media Sosial
Kata Pengarah JSJ Bukit Aman, Datuk M Kumar pihaknya menerima sebanyak 28 laporan di seluruh negara berhubung kes tersebut.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Pada 19 Mei lalu bekas Ahli Parlimen Damansara, Tony Pua telah memuat naik satu hantaran di Facebook yang menyentuh isu Raja Berpelembagaan dan Rukun Negara.
Polis terima 28 laporan di seluruh negara berhubung hantaran Tony Pua
Susulan daripada hantaran yang dimuat naik itu, pihak polis telah membuka satu kertas siasatan terhadap Pengerusi Jawatankuasa Disiplin Parti Tindakan Demokratik (DAP) tersebut.
Jelas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk M Kumar polis menerima sebanyak 28 laporan di seluruh negara berhubung muat naik itu.
Oleh itu, pihak polis telah memulakan siasatan bagi kes berkenaan.
“Kita telah memulakan siasatan selepas menerima 28 laporan polis dari seluruh negara.
“Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” jelasnya, dipetik Berita Harian.
BACA ARTIKEL BERKAITAN: “Kuasa Raja Terhad Kepada Aspek Tertentu” – Tony Pua
BACA ARTIKEL BERKAITAN: “Hayati Maknanya” – Sultan Selangor Titah Wong Siew Ki, Ronnie Liu Kunjungi Plak Monumen Rukun Negara
Semua individu terlibat akan dipanggil untuk bantu siasatan
Kumar turut memaklumkan dalam masa terdekat semua pihak yang berkaitan dengan kes terbabit akan dipanggil untuk membantu siasatan.
Beliau berkata demikian selepas disoal adakah Tony Pua akan dipanggil oleh pihak polis.
“Sudah tentu, kita akan memanggil semua pihak yang terbabit bagi membantu siasatan.”
Dalam hantaran dimuat naik Tony Pua sebelum ini, dia turut berpendapat kuasa raja adalah terhad kepada aspek-aspek tertentu seperti:
- Adat Melayu
- Islam
- Peranan perlembagaan seperti pelantikan Menteri Besar serta perkenan pembubaran Dewan Undangan Negeri
“Rakyat Malaysia tidak hidup dalam sistem di mana raja boleh mengeluarkan titah yang mengikat dan menggubal semua aspek kehidupan rakyat,” ujarnya.
Hantaran itu bagaimanapun mencetuskan kemarahan orang ramai termasuk ahli politik seperti Setiausaha Agong UMNO, Datuk Seri Asyraf Wajdi yang tidak bersetuju dengan hantaran itu.
Malah Asyraf menyifatkan Tony Pua biadap dan bagai kadok naik junjung sebelum mereka berdua berbalas hantaran di media sosial masing-masing.
Writing about lifestyle is a passion that I can't deny. However, trending, current issues, and political views help me to dive into people's mind and behavior. Meanwhile, traveling is a way I enjoy and feed my inner soul to come out with fresh idea and creative writing.







