Wanita Warga Indonesia Beli MyKad Palsu RM300 Demi Kerja Di Gudang
Dakwa wanita warga Indonesia itu dia telah memasuki Malaysia sejak lapan tahun yang lalu menggunakan passport namun dokumen tersebut sudah diambil ejen pekerjaan.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Umum mengetahui setiap individu dari luar negara perlu memasuki Malaysia dengan dokumen atau permit yang sah tidak kiralah tujuan melancong mahupun bekerja.
Mereka yang didapati berada di negara ini tanpa permit dan dokumen yang sah boleh dikenakan tindakan undang-undang. Namun ada pula segelintir dari mereka yang sanggup mendapatkan dokumen palsu untuk menetap dan bekerja di Malaysia.
Wanita bayar RM300 untuk dapatkan kad pengenalan palsu untuk kerja di gudang pakaian
Terbaharu seorang wanita warga Indonesia membuat pengakuan telah membeli MyKad pada harga RM300 untuk bekerja di sebuah gudang pakaian di Glenmarie, Shah Alam.
“Saya beli MyKad dengan harga RM300 untuk bekerja di gudang ini,” kata wanita berusia 28 tahun yang hanya dikenali sebagai Mira, lapor Kosmo.
Wanita terbabit merupakan antara 26 pekerja warga asing yang telah ditahan akibat menggunakan MyKad palsu di gudang terbabit.
Masuk Malaysia sejak 8 tahun lalu, pasport dah diambil oleh ejen
Mira mendakwa pasport miliknya telah diambil oleh ejen pekerjaan dan sudah memasuki Malaysia sejak lapan tahun yang lalu.
“MyKad (Kad pengenalan) palsu itu diperoleh menerusi seorang kenalan di Klang yang menjadi orang tengah. Dia yang menguruskan dan menghantar dokumen tersebut dan saya hanya membayar RM300.”
Hanya guna kad pengenalan palsu untuk kerja
Jelas wanita berasal dari Lombok itu lagi dokumen palsu terbabit digunakan hanya untuk bekerja dan bukan atas urusan lain.
Memetik laporan Sinar Harian, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bersama Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dan Jabatan Tenaga Kerja (JTK) telah menggempur dua buah gudang pakaian pada 14 Mei.
Lelaki siap minta keluarga RM400 untuk beli MyKad lepas kena tipu dengan ejen
Dalam pada itu, seorang lelaki yang juga warga Indonesia memberikan alasan menggunakan kad pengenalan paslu itu bagi mencari kerja disebabkan terdesak kerana ditipu oleh ejen sekitar RM7,000.
Menurut lelaki itu dia juga terpaksa meminta wang dari keluarga yang berada di kampung sekitar RM400 untuk membeli kad pengenalan palsu berkenaan agar dapat menetap berterusan di negara ini demi mencari pekerjaan.
“Saya terpaksa encik, saya sudah berkahwin dan mempunyai empat orang anak di Medan, Indonesia. Saya datang ke sini mahu bekerja tetapi ditipu ejen, bila sampai di Malaysia tiada kerja.
“Jadi ada kawan yang beritahu kalau mahu kerja boleh buat cara ini. Sebab saya terpaksa mahu kerja jadi saya buat sahaja,” ujarnya lagi.
Writing about lifestyle is a passion that I can't deny. However, trending, current issues, and political views help me to dive into people's mind and behavior. Meanwhile, traveling is a way I enjoy and feed my inner soul to come out with fresh idea and creative writing.






