fbpx
Now Reading
Tunai Haji Tanpa Visa Berdosa & Jemaah Boleh Didenda Hingga 100,000 Riyal Arab Saudi – Dr Zulkifli Hasan

Tunai Haji Tanpa Visa Berdosa & Jemaah Boleh Didenda Hingga 100,000 Riyal Arab Saudi – Dr Zulkifli Hasan

Jelas Menteri Hal Ehwal Agama, Dr Zulkifli Hasan individu yang bersubahat dalam kes tunai haji tanpa visa juga boleh dipenjara sehingga enam bulan dan denda 50,000 riyal Arab Saudi (RM52,207.73).

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Menunaikan ibadah haji merupakan rukun Islam yang kelima bagi mereka yang berkemampuan. Dalam menunaikan ibadah yang cuma ada setahun sekali ini pastinya kita ingin melakukan yang terbaik serta memperbanyakkan lagi pahala.

Namun tindakan segelintir individu yang menunaikan haji tanpa visa yang sah mengundang kepada dosa. Bukan hanya itu mereka juga boleh didenda oleh hingga 100,000 riyal (RM104,378.27) Arab Saudi selain tindakan tegas lain turut boleh diambil oleh pihak berkuasa negara tersebut.

Haji tanpa visa berdosa kerana langgar peraturan, yang bersubahat pun boleh didenda dan dipenjara

Perkara itu diperingatkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan kepada umat Islam di Malaysia.

Jelasnya perkara itu susulan Muzakarah Haji Kebangsaan sudah pun mengeluarkan pandangan meskipun haji tanpa visa adalah sah dari segi ibadahnya namun ia mengundang kepada dosa disebabkan perbuatan melanggar peraturan.

Selain itu hukuman penjara sehingga enam bulan serta denda 50,000 riyal (RM52,207.73) Arab Saudi boleh dikenakan kepada mereka yang bersubahat.

“Sekiranya tertangkap, mereka boleh didenda hingga 100,000 riyal Arab Saudi dan bagi warga asing, mereka boleh dihantar pulang terus ke negara mereka… mana-mana pihak yang membantu atau bersubahat juga boleh dikenakan hukuman penjara hingga enam bulan dan denda hingga 50,000 riyal Arab Saudi.

“Visa haji ini memang sangat-sangat ketat undang-undangnya… hanya mereka yang punya visa haji sahaja yang boleh menunaikan haji,” jelasnya, lapor Berita Harian yang dipetik Bernama.

Penting untuk jaga imej Malaysia yang mempunyai jemaah haji berdisiplin serta pengurusan terbaik di dunia

Jemaah rakyat Malaysia sentiasa dikenali sebagai antara negara yang mempunyai pengurusan serta disiplin yang terbaik di dunia bahkan ia menjadi penanda aras (contoh) buat yang lain maka beliau menegaskan imej tersebut amat penting untuk dijaga.

Beliau turut menyifatkan jemaah haji Malaysia merupakan duta-duta kecil buat negara.

“Malaysia telah diiktiraf sebagai negara yang mempuyai pengurusan haji terbaik di dunia… ini menunjukkan negara kita mempunyai kayu ukur yang sangat-sangat tinggi… Kita tidak mahu ada satu dua kes yang menyebabkan imej negara kita tercalar… jemaah haji kita adalah duta-duta kecil negara kita.”

Hubungan baik di antara Malaysia dan Arab Saudi beri kelebihan pada negara

Bukan hanya itu, hubungan akrab di antara Malaysia dan Arab Saudi memberikan kelebihan buat negara termasuklah dalam pelaksanaan inisiatif Makkah Route di Malaysia di mana ia memudahkan urusan pihak imigresen jemaah di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Jelas beliau lagi, meskipun dunia kini sedang berdepan dengan inflasi global namun tiada kenaikan kos ibadah haji yang dikenakan terhadap jemaah Malaysia. Perkara itu kerana Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji) telah menyerap segala peningkatan kos untuk kebajikan jemaah Malaysia.

Kata beliau kos tersebut termasuklah:

  • Penerbangan
  • Penginapan
  • Logistik
  • Makanan
  • Perubatan
  • Bayaran kepada Kerajaan Arab Saudi
  • Penyedia perkhidmatan

Katanya lagi, kualiti perkhidmatan juga bakal terus dipertingkatkan lagi, antaranya:

  • Kemudahan lebih selesa
  • Makanan berkualiti
  • Sokongan kesihatan
  • Bimbingan ibadah yang komprehensif
View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.