fbpx
Now Reading
Rosmaini Didakwa Pukul Isteri Guna Kerusi Plastik & Besi Penyangkut Langsir, Mengaku Tak Bersalah

Rosmaini Didakwa Pukul Isteri Guna Kerusi Plastik & Besi Penyangkut Langsir, Mengaku Tak Bersalah

Pengarah Pendakwaan Negeri Kedah, Datuk Khairul Anuar Abdul Halim memaklumkan Rosmaini tidak boleh dijamin kerana sedang menjalani hukuman di Penjara Kajang.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Beberapa hari lalu peguam, Kamal Hisham Ja’afar yang sebelum ini mewakili Rosmaini Abdul Raof memaklumkan tidak akan mewakili lelaki terbabit atas pertuduhan menyebabkan kecederaan parah terhadap isterinya, Nurfitri Mokhtar yang berlangsung di Mahkamah Sungai Petani, Kedah.

Hari ini (7 Mei) Rosmaini yang berusia 43 tahun mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan menyebabkan kecederaan parah dengan cara memukul isterinya (isteri ketiga) menggunakan pelbagai objek pada Mac serta April lalu.

Pengakuan itu dilakukan Rosmaini selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Najwa Che Mat. Tertuduh turut minta untuk dibicarakan.

Rosmaini didakwa pukul dengan kerusi plastik, getah paip, besi penyangkut langsir

Menerusi kertas pertuduhan, lelaki itu didakwa secara sengaja telah menyebabkan kecederaan yang parah ke atas isterinya di Bandar Amanjaya sekitar jam 5 petang, pada 29 Mac yang lalu dengan memukul menggunakan:

  • Kerusi plastik
  • Getah paip

Menurut Berita Harian, dia turut didakwa telah membuat kesalahan dan di tempat sama sekitar jam 9 pagi, 23 April terhadap isterinya yang berusia 39 tahun itu dengan menggunakan:

  • Besi penyangkut langsir

Rosmaini didakwa di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan. Sekiranya sabit kesalahan tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara maksimum 20 tahun serta dikenakan denda atau sebat.

Peguam wakili tertuduh rayu tertuduh diberi jaminan ada 2 isteri & 11 anak

Tertuduh telah diwakili oleh peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Ruzanna Abdul Rahim dan pendakwaan dikendalikan oleh Pengarah Pendakwaan Negeri Kedah, Datuk Khairul Anuar Abdul Halim.

Ketika prosiding Khairul turut memaklumkan mahkamah meskipun kes terbabit boleh dijamin akan tetapi proses tidak boleh dibuat ekoran status Rosmaini yang juga banduan serta sedang menjalani hukuman di Penjara Kajang.

Ruzanna yang mewakili tertuduh walau bagaimanapun membuat rayuan meminta budi bicara mahkamah untuk membenarkan jaminan diberikan kepada Rosmaini.

Tertuduh mempunyai dua orang isteri serta menyara seramai 11 orang anak dan tujuh darinya masih lagi bersekolah.

Mahkamah tetapkan tak boleh dijamin kerana dipenjara

Mahkamah kemudiannya menetapkan Rosmaini tidak boleh dijamin ekoran masih dipenjara selain menetapkan 16 Jun sebagai tarikh sebutan semula kes untuk proses penyerahan dokumen.

Pada 23 April lalu, pihak polis telah menahan Rosmaini yang disyaki memukul isteri yang merupakan seorang penjawat awam sehingga menyebabkannya mengalami keguguran.

Mangsa dilaporkan dipukul dengan pelbagai objek seperti penyangkut baju, getah paip, batang penyapu serta batang besi langsir sehingga menyebabkan wanita tersebut mengalami kecederaan di bahagian tangan, lebam pada bahagian muka serta tulang rusuk berkemungkinan patah.

Selain itu, jari wanita penjawat awam itu turut dilaporkan patah.

BACA ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki Pukul Isteri Hingga Gugur Ditahan Reman 7 Hari

BACA ARTIKEL BERKAITAN: Hukuman Penjara 14 Tahun Terhadap Rosmaini Adalah Setimpal, Jahidah Digambarkan Seperti Mayat Hidup – Hakim

BACA ARTIKEL BERKAITAN: Kes Isteri Hamil Cedera Dipukul: Peguam Kamal Hisham Jelas Tidak Lagi Mewakili Rosmaini

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.