Full Stop! Sultan Sharafuddin Tak Berkenan Aktiviti Ternak Babi Di Selangor
Sultan Sharafuddin menegaskan agar isu penternakan babi ini dihentikan dan dimuktamadkan sepenuhnya demi mengelakkan keresahan masyarakat serta memastikan keamanan dan keharmonian rakyat di Negeri Selangor terus terpelihara.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah kekal dengan pendirian yang baginda tidak berkenan dengan sebarang aktiviti penternakan babi dijalankan di mana-mana daerah di negeri ini.
Menurut Setiausaha Sulit kepada Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani pendirian baginda itu dibuat selepas mengambil kira pelbagai implikasi termasuk risiko pencemaran terhadap tanah, udara serta sumber air melalui pelepasan najis dan sisa kumbahan babi.
Sultan Selangor bimbang penternakan khinzir boleh jejaskan sumber bekalan air bersih
Baginda turut menzahirkan kebimbangan bahawa aktiviti berkenaan boleh menjejaskan kawasan tadahan air serta sungai-sungai yang menjadi sumber bekalan air bersih kepada penduduk kira-kira 9 juta penduduk di Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.
“Selain itu, kaedah penternakan moden yang mematuhi piawaian memerlukan kos yang amat tinggi dan tidak praktikal serta tidak mungkin dapat dilaksanakan hanya bagi memenuhi bekalan daging babi di Negeri Selangor sahaja.”
Import daging khinzir dari negeri lain seperti Sarawak
Justeru baginda mencadangkan agar daging babi diimport dari negeri lain seperti Sarawak bagi memenuhi keperluan masyarakat bukan Islam yang memakan daging khinzir di Negeri Selangor.
“Bahkan negara seperti Singapura juga tidak menternak babi dan mengimport daging babi dari luar,” titah baginda lagi.

Ternak babi skala besar atau kecil tidak sesuai di Selangor, tanah wajar dimanfaatkan untuk pembangunan lebih ekonomik
Tambah beliau, baginda juga berpandangan bahawa penternakan babi berskala besar mahupun kecil adalah tidak sesuai dilaksanakan di Negeri Selangor memandangkan sumber tanah yang terhad serta nilai hartanah yang tinggi, yang sewajarnya dimanfaatkan untuk tujuan pembangunan yang lebih ekonomik dan memberi manfaat kepada masyarakat secara menyeluruh.
Sehubungan itu, baginda menegaskan agar isu penternakan babi ini dihentikan dan dimuktamadkan sepenuhnya (full stop) demi mengelakkan keresahan masyarakat serta memastikan keamanan dan keharmonian rakyat di Negeri Selangor terus terpelihara.
Sebagai info Pejabat Setiausaha Sulit kepada Sultan Selangor dalam satu kenyataan pada 10 Februari memaklumkan Sultan Sharafuddin bertitah yang baginda tidak berkenan penternakan babi dijalankan di mana-mana daerah di negeri ini kerana dikhuatiri menimbulkan pencemaran alam sekitar dan keresahan masyarakat.
Titah baginda lagi, penternakan babi berisiko menyebabkan pencemaran udara akibat bau busuk selain mencemarkan sungai susulan pelepasan najis dan sisa kumbahan sekali gus menjejaskan sumber air bersih.
BACA ARTIKEL BERKAITAN:
I steer BuzzKini's editorial voice and online presence, consulting senior leadership when it matters while enjoying music, books, and the outdoors.



