fbpx

Abang Dedah Wanita Dipukul Suami Patah 13 Tulang Rusuk, Namun Kini Semakin Pulih

Jelas Mohd Firdaus Mokhtar keadaan adiknya itu bagaimanapun semakin pulih dan sudah boleh bergerak namun perlahan selain masih trauma.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Kisah mengenai kes membabitkan seorang isteri, yang juga penjawat awam yang mengalami keguguran serta mengalami kecederaan parah selepas dipercayai dipukul suaminya, Rosmaini Abdul Raof terus menjadi perhatian ramai.

Malah hari ini (7 Mei) Rosmaini Abdul Raof telah pun dihadapkan ke mahkamah atas dua pertuduhan mencederakan isterinya, Nurfitri Mokhtar.

Terbaharu wanita yang berusia 39 tahun itu dilaporkan semakin pulih selain boleh bergerak dan menunaikan solat.

Wanita boleh bergerak perlahan dan masih trauma

Jelas abang mangsa, Mohd Firdaus Mokhtar adik perempuannya itu walau bagaimanapun hanya boleh bergerak secara perlahan dan memaklumkan wanita terbabit masih trauma atas insiden yang berlaku.

“Dia dah boleh bergerak dan solat macam biasa, cuma masih perlahan sebab masih sakit dan trauma,” ujarnya, lapor Berita Harian yang memetik Buletin TV3.

Patah 13 tulang rusuk, turut alami kecederaan di bahagian lain

Dedahnya lagi, adiknya itu turut mengalami patah 13 tulang rusuk iaitu:

  • Enam di bahagian kiri
  • Tujuh sebelah kanan
  • Termasuk kecederaan pada tulang belakang

Selain itu, isteri kepada Rosmaini itu juga mengalami kecederaan pada beberapa bahagian akibat dipukul dalam insiden tersebut seperti:

  • Kepala
  • Leher
  • Badan

Patah jari manis nak halang daripada kandungan dipijak

Firdaus memaklumkan adiknya itu turut mengalami patah pada jari manis pada tangan bahagian kiri dalam kejadian itu.

“Adik saya turut mengalami patah jari manis tangan kiri ketika cuba mempertahan kandungannya daripada dipijak dalam kejadian berkenaan.”

Keguguran kandungan usia 12 minggu

Terdahulu Firdaus memaklumkan adiknya itu mengalami keguguran kandungan 12 minggu dan dirawat di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), lapor Berita Harian.

Rosmaini di dalam prosiding di Mahkamah Sungai Petani, Kedah pada hari ini (7 Mei) membuat pengakuan tidak bersalah atas pertuduhan menyebabkan kecederaan parah dengan cara memukul isterinya menggunakan pelbagai objek pada Mac dan April lalu.

Dia didakwa secara sengaja telah menyebabkan kecederaan yang parah ke atas isterinya dengan memukulnya menggunakan kerusi plastik dan getah paip sekitar jam 5 petang pada 29 Mac yang lalu.

Bagi pertuduhan kedua dia turut didakwa menyebabkan kecederaan terhadap si isteri kesalahan di lokasi sama sekitar jam 9 pagi pada 23 April dengan menggunakan besi penyangkut langsir.

BACA ARTIKEL BERKAITAN: Rosmaini Didakwa Pukul Isteri Guna Kerusi Plastik & Besi Penyangkut Langsir, Mengaku Tak Bersalah

BACA ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki Pukul Isteri Hingga Gugur Ditahan Reman 7 Hari

BACA ARTIKEL BERKAITAN: Hukuman Penjara 14 Tahun Terhadap Rosmaini Adalah Setimpal, Jahidah Digambarkan Seperti Mayat Hidup – Hakim

BACA ARTIKEL BERKAITAN: Kes Isteri Hamil Cedera Dipukul: Peguam Kamal Hisham Jelas Tidak Lagi Mewakili Rosmaini

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.