fbpx

Skandal 1MDB: Malaysia Berjaya Dapat Semula RM31.3 Bilion Dana Diseleweng – Azam Baki

Menurut KP SPRM itu, jumlah yang berjaya diperoleh setakat tahun lalu itu merupakan tiga perempat dari dana keseluruhan penyelewengan dana iaitu sebanyak RM42 bilion.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Hari ini (6 Mei), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memaklumkan bahawa Malaysia sudah berjaya mendapatkan semula aset daripada skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) berjumlah kira-kira RM31.3 bilion.

Jumlah tersebut merupakan 74.5% daripada jumlah keseluruhan dana yang diseleweng sebelum ini iaitu sebanyak RM42 bilion.

Tambah beliau, jumlah yang berjaya diperoleh setakat tahun lalu (2025) itu merupakan tiga perempat dari dana keseluruhan.

Menurut Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki, hasil ini menunjukkan satu pencapaian selari dengan usaha berterusan pihak SPRM bagi memperoleh semula aset negara yang diseleweng itu.

Selaras dengan aspirasi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim iaitu untuk memastikan setiap aset yang hilang dapat dikesan dan dikembalikan, usaha SPRM ini jelas mencerminkan komitmen dan usaha kerajaan Malaysia.

“Sehingga kini, berdasarkan data yang ada, jumlah keseluruhan dana 1MDB yang diseleweng ialah sebanyak RM42 bilion.

“Nilai keseluruhan aset yang berjaya diperoleh semula setakat tahun 2025 ialah RM31,301,717,268.56 (kira-kira RM31.3 bilion),” kata KP SPRM itu.

Pecahan Pemulihan Aset Dana 1MDB

Jelas Azam, pecahan pemulihan aset mengikut tahun adalah seperti berikut:

  • 2019: RM1,155,381,001.99 (RM1.15b)
  • 2020: RM14,257,701,636.31 (RM14.2b)
  • 2021: RM5,117,828,963.99 (RM5.11b)
  • 2022: RM400,386,825.68 (RM400.38j)
  • 2023: RM8,088,157,675.09 (RM8.08b)
  • 2024: RM715,954,391.27 (RM715.95j)
  • 2025: RM1,566,306,774.23 (RM1.56b)

Mengulas lanjut, kadar pemulihan aset 1MDB ini dianggap sebagai satu pencapaian signifikan dan telah mendapat pengiktirafan antarabangsa.

Sebagai info, kontrak Azam Baki sebagai KP SPRM bakal tamat pada 12 Mei dan beliau akan digantikan oleh Datuk Seri Abdul Halim Aman.

Baca Artikel Berkaitan: Abdul Halim Aman Dilantik Sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM Baharu

Baca Artikel Berkaitan: Najib Bersalah 4 Pertuduhan Guna Kedudukan & 21 Pengubahan Wang Haram Babit Dana 1MDB RM2.3b

Baca Artikel Berkaitan: Najib Diarah Bela Diri Untuk 25 Pertuduhan ‘Money Laundering’ & Seleweng RM2.3 Bilion Dana 1MDB

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.