fbpx

Nak Elak Ditangkap Khalwat, Penjawat Awam Berstatus Suami Orang Sanggup Keluar Ikut Tingkap

Menurut JAINJ, pasangan itu telah mendaftar masuk ke dalam bilik di inap desa berkenaan pada jam 4 pagi sehari sebelum ditahan serta berlakon seperti suami isteri.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Umum mengetahui sebagai umat Islam kita perlu mengelak daripada melakukan maksiat bahkan ia dituntut dalam agama.

Mereka yang mendekati maksiat turut tergolong dalam individu yang melakukan dosa.

Penjawat awam cemas ketika ditangkap khalwat, sanggup keluar ikut tingkap tandas

Terbaharu seorang lelaki sanggup keluar melalui tingkap tandas di sebuah bilik inap desa yang disewa demi melepaskan diri daripada ditangkap khalwat dengan seorang janda di Kluang, Johor.

Lelaki yang juga penjawat awam di Kluang itu awalnya cemas apabila pintu bilik di premis terbabit diketuk oleh penguat kuasa daripada Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ).

Walau bagaimanapun cubaan lelaki itu untuk meloloskan gagal apabila pihak penguat kuasa telah sedia menunggu di belakang bilik sewaktu operasi cegah khalwat dilakukan sekitar jam 8.30 pagi.

Jelas JAINJ, lokasi yang diperiksa melibatkan sebuah rumah persendirian beberapa bilik yang dijadikan sebagai inap desa.

Awalnya tiada individu buka sebelum muncul lelaki melarikan diri dari tingkap angin

Sewaktu pemeriksaan dilakukan, kata JAINJ penguat kuasa telah bertindak mengetuk pintu di salah satu bilik, akan tetapi tiada individu yang membukanya.

“Selepas 10 minit pintu bilik masih belum dibuka dan penguat kuasa berusaha untuk mencari tuan rumah. Tiba-tiba seorang lelaki dilihat melarikan diri melalui tingkap angin dari dalam tandas.

“Bagaimanapun, lelaki itu berjaya ditangkap. Ketika ditahan, lelaki ini memakai seluar panjang dan kemeja lengan pendek.

“Tidak lama kemudian pintu bilik inap desa dibuka seorang wanita yang memakai seluar panjang dan berbaju T,” jelasnya, lapor Berita Harian.

Motif berduaan dalam bilik katanya hanya berehat sambil berbual

Menerusi soal siasat yang dilakukan, JAINJ memberitahu lelaki berusia 45 tahun itu merupakan suami orang manakala pasangan yang ditangkap bersamanya adalah seorang janda berusia 56 tahun dan seorang peniaga.

“Rumah lelaki ini terletak sekitar 15 kilometer (km) dari inap desa. Apabila ditanya motif berdua-duaan dalam bilik mereka memberitahu hanya berehat sambil berbual.

“Pasangan ini sudah lama mengenali antara satu sama lain dan mereka memilih inap desa kerana penguat kuasa kerap menjalankan operasi di hotel.

“Melalui maklumat diperoleh, mereka mendaftar masuk ke dalam bilik pada jam 4 pagi sehari sebelum ditahan dengan berlagak seperti suami isteri.”

Kes disiasat di bawah Seksyen 27 Enakmen Kesalahan-kesalahan Jenayah Syariah Negeri Johor 1997 kerana berkhalwat.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.