fbpx
Now Reading
Cikgu Tadika Didenda RM1,200 Kerana Cubit Lengan Murid Sampai Lebam

Cikgu Tadika Didenda RM1,200 Kerana Cubit Lengan Murid Sampai Lebam

Berdasarkan pertuduhan, guru tadika yang berusia 25 tahun didakwa dengan sengaja mendatangkan kecederaan terhadap kanak-kanak perempuan berusia empat tahun di sebuah tadika yang terletak di Taman Sentang Jaya, Parit Sulong pada 14 April lalu jam 10 pagi.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Menjadi seorang pendidik bukanlah satu tugas mudah. Ia merupakan antara pekerjaan yang memerlukan kesabaran tinggi.

Namun, ada segelintir guru yang dilihat kurang sabar dan bertindak di luar batas sehingga memberi kesan kepada pelajar itu sendiri.

Guru Tadika Mohon Maaf Gagal Kawal Emosi, Mengaku Bersalah Cubit Murid Sampai Lembam

Terbaharu, seorang guru tadika, Nurul Amira Natasya Mohd Nazri mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Yong Peng, Johor hari ini (5 Mei) kerana mencederakan seorang kanak-kanak di bawah jagaannya dengan mencubit lengan sehingga lebam.

Malah, dia turut membuat permohonan maaf sebaik pengakuan dibuat.

“Saya mohon maaf kerana gagal mengawal emosi dalam mendidik kanak-kanak,” katanya yang dipetik dari Harian Metro.

Guru Didenda RM1,200, Penjara Sebulan Jika Gagal Bayar Denda

Permohonan maaf itu disampaikan menerusi peguamnya, Mohd Razak Shariff sewaktu rayuan dikemukakan sebelum Majistret Arun Noval Dass menjatuhkan hukuman denda RM1,200.

Mahkamah juga turut menjatuhi hukuman penjara selama sebulan jika tertuduh gagal membayar denda. Walau bagaimanapun, guru berkenaan membayar denda tersebut.

Berdasarkan pertuduhan, Nurul Amira Natasya yang berusia 25 tahun didakwa dengan sengaja mendatangkan kecederaan terhadap kanak-kanak perempuan berusia empat tahun di sebuah tadika yang terletak di Taman Sentang Jaya, Parit Sulong, Batu Pahat pada 14 April lalu jam 10 pagi.

Dia didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan. Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dijatuhi hukuman penjara sehingga setahun atau denda RM2,000.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Firdaus Ruslan.

Mangsa Dicubit Dua Kali, Ibu Mangsa Dapati Ada Kesan Lebam

Mengikut fakta kes, pengadu yang juga merupakan ibu kanak-kanak terbabit telah mengambil mangsa dari tadika untuk pulang ke rumah kira jam 4 petang.

Namun sebaik tiba di kediaman mereka, pengadu mendapati terdapat kesan lebam pada lengan kanan anaknya sebelum mangsa memaklumkan dia dicubit oleh gurunya.

Ibu mangsa yang tidak berpuas hati dengan insiden tersebut kemudiannya telah membuat laporan di Balai Polis Parit Sulong.

Bertindak atas laporan, polis telah menahan tertuduh di tadika berkenaan bagi membantu siasatan.

Hasil siasatan mendapati mangsa dicubit dua kali pada bahagian lengan kanan.

Kanak-kanak terbabit turut dibawa ke Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) dan pihak hospital turut mengesahkan terdapat kecederaan pada lengan mangsa.

Baca Artikel Berkaitan: “Sebab Kutip Pensel Bawah Meja Je” – Wanita Dakwa Cikgu Cubit Telinga Anak Hingga Mengelupas

Baca Artikel Berkaitan: “Cikgu Selalu Gigit Bibir & Tarik Panjang” – Ibu Terkejut, Dakwa Anak 6 Tahun Digigit Guru Lelaki Sampai Trauma

Baca Artikel Berkaitan: Ibu Kecewa, Anak Baru Baik Trauma Dipukul Guru Hingga Takut Ke Sekolah

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.