Kes Lelaki Dipijak Kepala: Anggota Buat Laporan Polis, Selepas Gambar Peribadi Disebar & Wujud Komen Ugutan
Menurut Ketua Polis Kedah, Datuk Adzli Abu Shah, anggota terbabit telah membuat laporan polis pada 22 April lalu bagi memaklumkan perkara tersebut.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Sekitar minggu lalu, tular di media sosial insiden seorang penunggang motosikal yang dipijak kepala oleh seorang anggota polis selepas dia ditarik dari kenderaannya sehingga jatuh.
Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Kulim, Deputi Superintendan Tengku Mohd Faisal Tengku Yeng, kejadian yang berlaku di hadapan sebuah kedai aksesori motosikal di Jalan Tunku Putra, Kulim, Kedah itu adalah berkaitan dengan operasi cegah jenayah.
Video tersebut nyata mendapat perhatian hingga ramai yang mempersoal dan mengecam tindakan anggota terbabit.
Susulan insiden itu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail telah mengarahkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk menjalankan siasatan berhubung pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) ketika operasi dilakukan.
Malah, Tengku Mohd Faisal menjelaskan anggota berkenaan telah ditukarkan ke Bahagian Pentadbiran sementara menunggu siasatan oleh Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS).
Anggota Polis Tular Buat Laporan Polis, Terima Komen Ugutan & Sebaran Gambar Peribadi
Terbaharu, polis Kedah mengesahkan pihaknya ada menerima laporan daripada seorang anggota polis yang terlibat dalam insiden terbabit.
Laporan polis itu dibuat susulan satu komen yang mengancam keselamatan serta penyebaran gambar peribadinya di media sosial.
Menurut Ketua Polis Kedah, Datuk Adzli Abu Shah, anggota terbabit telah membuat laporan polis pada 22 April lalu bagi memaklumkan perkara tersebut.
Malah, dia juga mendakwa wujud komen berserta ugutan selain gambar dan maklumat peribadi tersebar menyebabkannya membuat satu laporan polis.
Mohon Orang Ramai Tidak Buat Spekulasi
Terangnya, kes kini disiasat mengikut Seksyen 507 Kanun Keseksaan kerana ugutan jenayah dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
“Permohonan turut dibuat kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi mengenal pasti pemilik akaun media sosial yang terbabit,” ujarnya.
Pada masa yang sama, Adzli turut meminta orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan maklumat tidak tepat yang boleh menganggu siasatan atau ketenteraman awam.
Terdahulu, Tengku Mohd Faisal mengesahkan insiden anggota polis memijak kepala penunggang motosikal yang tular di media sosial pada 20 April lalu itu melibatkan tangkapan seorang lelaki tempatan yang berusia 32 tahun selepas dia cuba melarikan diri sewaktu pemeriksaan polis.
Suspek yang bekerja sebagai pekerja am syarikat kurier berjaya ditahan selepas dia dikejar oleh anggota PDRM kira-kira lima kilometer (km).
Hasil pemeriksaan terhadap motosikal yang ditunggang oleh suspek mendapati terdapat dua bungkusan plastik lutsinar yang disyaki mengandungi air rebusan ketum.
Dia kemudiannya dibawa ke balai polis untuk tindakan lanjut dan hasil ujian saringan awal air kencing mendapati positif dadah jenis methamphetamine.
Baca Artikel Berkaitan: Tular Video Ditarik & Dipijak Di Kepala: Lelaki Tunggang Motosikal Secara Berbahaya & Positif Dadah – Polis
Baca Artikel Berkaitan: Insiden Polis Tarik & Pijak Kepala Penunggang Motosikal: Menteri KDN Arah PDRM Siasat Pematuhan SOP
Habiskan 1/3 dari 24 jam sehari dengan menulis. Isu trending, lifestyle dan apa sahaja yang dekat dengan realiti kehidupan seharian jadi 'makanan' saya di BuzzKini ✍️✨.






