“Arwah Azman Tidak Ulang-Alik Setiap Hari, Pilih Sistem Syif Fleksibel” – KP JIM
Menurut Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Zakaria Shaaban, Allahyarham Azman Mani memilih sistem syif empat hari kerja diikuti empat hari bercuti sekaligus membolehkan arwah merancang perjalanan pulang ke kampung dengan teratur.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Baru-baru ini, tular di media sosial kisah meruntun hati melibatkan seorang pegawai Imigresen yang bertugas di Depot Imigresen Papar, Sabah.
Kisahnya mula mendapat perhatian dan menjadi bualan ramai setelah pegawai berkenaan yang dikenali sebagai Azman Mani maut dalam kemalangan pada Sabtu (25 April) lalu kira-kira jam 9.45 malam.
Menurut rakan Allahyarham Azman Mani, S Faizzul Syar dalam satu hantaran di Facebook, dia mendedahkan arwah Mazni merupakan suami, bapa dan anak yang bertanggungjawab.
Manakan tidak, rakannya itu sanggup berulang sejauh 700km dari Sabah untuk menjaga ibu yang berada di Miri, Sarawak serta isteri dan anak-anak di Sibu.
Difahamkan, ketika insiden berkenaan, Azman hanya berbaki sekitar 1 jam untuk tiba di rumahnya di Sibu selepas menempuh perjalanan hampir 11 jam.
Malah, Faizzul mendakwa arwah sering meluahkan hasrat untuk berada dekat dengan keluarganya di Sarawak.
“Bukan tiada usaha. Sokongan dari (imigresen) negeri sudah ada, cuma kelulusan ibu pejabat masih belum diperoleh. Kadang-kadang seseorang (pegawai) memohon pertukaran bukan saja-saja (suka-suka), tetapi kerana ada insan tersayang yang menunggu,” katanya.
Al Fatihah sahabat Azman Mazni. Dalam jam 9.45pm 25/04/2026 dapat ws dari kawan depot imigresen sabah dengan call dari…
Posted by S Faizzul Syar on Saturday 25 April 2026
JIM Jelas Arwah Tak Ulang-Alik Setiap Hari, Pilih Sistem Syif Fleksibel
Terbaharu, Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) tampil memberi penjelasan berhubung isu tular ini.
Jelas JIM, pegawainya yang maut dalam kemalangan di Sarawak tidak berulang-alik setiap hari seperti yang tular di media sosial.
Menurut Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Zakaria Shaaban, tanggapan tersebut tidak tepat memandangkan Allahyarham Azman Mazni menggunakan sistem syif bekerja yang fleksibel.
Jelasnya, Allahyarham memilih sistem syif empat hari kerja diikuti empat hari bercuti. Ini sekaligus membolehkan arwah merancang perjalanan pulang ke kampung dengan teratur.
“Kaedah ini juga diamalkan oleh pegawai lain termasuk yang bertugas antara Semenanjung, Sabah dan Sarawak, di mana mereka memanfaatkan tempoh cuti panjang selepas bertugas,” katanya yang dipetik dari Sinar Harian.
JIM Sahkan Ada Terima Permohonan Pertukaran
Pada masa yang sama, Zakaria memaklumkan pihaknya ada menerima permohonan pertukaran arwah menerusi saluran rasmi dengan permohonan terkini telah dikemukakan pada 10 Ogos tahun lalu.
“Permohonan tersebut adalah dalam senarai untuk pertimbangan sewajarnya berdasarkan keutamaan dan keperluan semasa,” jelasnya.
Tambah Zakaria, penempatan pegawai di jabatan tersebut dibuat berdasarkan keperluan perkhidmatan yang melibatkan waran perjawatan, kekosongan sedia ada serta kesesuaian gred jawatan.
“Setiap keputusan penempatan dan pertukaran dibuat secara menyeluruh dengan mengambil kira keseimbangan antara keperluan operasi jabatan dan kebajikan pegawai.
“Sepanjang tempoh 1 Januari 2023 hingga 31 Disember 2025, jabatan ini telah menerima sebanyak 2,860 permohonan pertukaran pegawai pelbagai gred.
“Seramai 1,332 pegawai telah berjaya ditukarkan dengan mengambil kira kebajikan pegawai dan keperluan perkhidmatan,” terangnya.
JIM Jamin Akan Segera Beri Bantuan Kebajikan Kepada Keluarga Mangsa
Pada masa yang sama, Zakaria memberi jaminan bahawa pihaknya akan menyegerakan bantuan kebajikan kepada keluarga Allahyarham.
“Sesungguhnya kehilangan ini amat dirasai. Allahyarham bukan sahaja seorang suami, ayah dan anak yang dikasihi oleh keluarga, malah merupakan sebahagian daripada keluarga besar JIM.
“Saya telah mengarahkan pegawai di Sabah dan Sarawak untuk membantu keluarga berkenaan, termasuk menguruskan hal kebajikan serta urusan berkaitan pencen.
“Kita akan pastikan semua urusan melibatkan keluarga arwah tersebut dipermudahkan dan dipercepatkan,” terangnya.
[𝗞𝗘𝗡𝗬𝗔𝗧𝗔𝗔𝗡 𝗠𝗘𝗗𝗜𝗔] 𝗝𝗜𝗠 𝗞𝗢𝗠𝗜𝗧𝗘𝗗 𝗠𝗘𝗡𝗚𝗨𝗧𝗔𝗠𝗔𝗞𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗕𝗔𝗝𝗜𝗞𝗔𝗡 𝗪𝗔𝗥𝗚𝗔 𝗞𝗘𝗥𝗝𝗔Posted by Jabatan Imigresen Malaysia on Tuesday 28 April 2026
Baca Artikel Berkaitan: Anggota Polis Di Perak Maut, Motosikal Dinaiki Terbabas Selepas Elak Haiwan Liar Melintas
Baca Artikel Berkaitan: Anggota Polis Maut Terkena Tembakan Dalam Hutan Simpan


