fbpx
Now Reading
Krisis Negeri Sembilan: Anwar Ibrahim Dedah Kemungkinan Tiada PRN

Krisis Negeri Sembilan: Anwar Ibrahim Dedah Kemungkinan Tiada PRN

Sebelum ini 14 ADUN UMNO Negeri Sembilan telah menarik sokongan terhadap Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Sejak semalam (28 April) kecoh apabila 14 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) UMNO Negeri Sembilan mengumumkan menarik semula sokongan terhadap kerajaan pimpinan Menteri Besarnya, Datuk Seri Aminuddin Harun.

Keputusan berkenaan dilakukan oleh 14 ADUN terbabit ekoran daripada krisis membabitkan adat dan juga perlembagaan Negeri Sembilan yang berlaku sejak beberapa minggu lalu dan ia dilihat semakin meruncing.

Susulan daripada pengumuman itu, 5 ADUN dari Perikatan Nasional (PN) kemudiannya memaklumkan bersedia untuk memberikan sokongan kepada 14 ADUN berkenaan.

Pada petang semalam (28 April) Aminuddin Harun menjelaskan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir telah menitahkan untuk beliau terus mentadbir sebagai Menteri Besar di negeri berkenaan.

Perkara yang berlaku ini secara tidak langsung meninggalkan tanda tanya kepada orang ramai antaranya mungkinkah akan berlaku Pilihan Raya Negeri (PRN) di Negeri Sembilan dan sebagainya.

BACA ARTIKEL BERKAITAN: 14 Adun UMNO Umum Hilang Kepercayaan, Tarik Sokongan Terhadap MB Negeri Sembilan

BACA ARTIKEL BERKAITAN: Krisis Kerajaan N9: 5 ADUN PN Sedia Kerjasama & Beri Sokongan Kepada UMNO [Video]

BACA ARTIKEL BERKAITAN: Tuanku Titah Saya Teruskan Tadbir Sebagai Menteri Besar, Kerajaan Negeri Berfungsi Seperti Biasa – Aminuddin Harun

Anwar Ibrahim tidak menjangka PRN di Negeri Sembilan akan dilakukan

Terbaharu Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan kemungkinan Negeri Sembilan tidak melakukan PRN ketika kemelut pemerintahan yang sedang berlaku ini.

Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) walau bagaimanapun menjelaskan ia bergantung keputusan Tuanku Muhriz dan juga persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN).

“Kemungkinan besar tidak. (Namun) ia terpulang kepada Tuanku, dan sudah tentu persidangan DUN,” ujarnya, lapor Berita Harian.

Anwar menjelaskan perkara itu selepas disoal adakah PRN akan dilakukan bagi menyelesaikan kemelut yang sedang berlaku di Negeri Sembilan.

Zahid bakal bertemu Anwar untuk bincangkan isu berkaitan pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan

Dalam pada itu Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Zahid Hamidi turut memaklumkan bakal bertemu dengan Anwar Ibrahim untuk membincangkan berhubung isu pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan.

Kata Zahid pertemuan tersebut turut akan membincangkan berkaitan 14 ADUN dari parti Barisan Nasional (BN) berkenaan dan ia bakal dilakukan pada bila-bila masa.

Jelas Zahid, beliau menghormati keputusan perhubungan UMNO Negeri namun akan membincangkan perkara itu diperingkat Majlis Tertinggi (MKT) memandangkan apa yang dilakukan 14 ADUN terbabit adalah keputusan mereka sendiri.

Akan jumpa ADUN terlibat untuk dapatkan penjelasan lanjut

Selain itu, beliau juga memberitahu akan mengadakan pertemuan dengan ADUN yang terlibat untuk mendapatkan penjelasan lanjut berkaitan isu itu.

“Saya mempunyai waktu yang sangat terbuka untuk mereka (ADUN BN) dan mereka boleh datang bertemu dengan saya pada bila-bila masa, pada hari ini atau selepas ini,” jelasnya, lapor Sinar Harian.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.