fbpx

Krisis Kerajaan N9: 5 ADUN PN Sedia Kerjasama & Beri Sokongan Kepada UMNO [Video]

Menerusi sidang media itu ADUN Labu, Mohamad Hanifah Abu Baker berkata semua lima ADUN PN itu sedia berkerjasama dengan 14 ADUN BN Negeri Sembilan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Sebelum ini 14 Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) ADUN UMNO Negeri Sembilan telah mengumumkan menarik semula sokongan terhadap kerajaan pimpinan Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun.

Perkara itu telah diumumkan oleh Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan Datuk Seri Jalaluddin Alias pada pagi tadi (27 April).

BACA ARTIKEL BERKAITAN: 14 Adun UMNO Umum Hilang Kepercayaan, Tarik Sokongan Terhadap MB Negeri Sembilan

5 ADUN PN beri sokongan pada 14 UMNO Negeri Sembilan

Terbaharu Perikatan Nasional Negeri Sembilan mengumumkan lima ADUN sedia memberikan kerjasama kepada UMNO “demi rakyat negeri itu.”

Jelas ADUN Labu, Mohamad Hanifah Abu Baker yang mewakili kesemua ADUN Perikatan Nasional (PN), mereka mengikuti perkembangan krisis kepimpinan Kerajaan Negeri Sembilan sejak beberapa minggu lalu.

“Mewakili rakyat Negeri Sembilan, kami kesal kerana krisis ini terus berlarutan dan menjejaskan keberkesanan pentadbiran kerajaan negeri sehingga sidang Dewan Undangan Negeri Sembilan terpaksa ditangguhkan tanpa sebarang tarikh baharu.

“Ini membuktikan bahawa Aminuddin Harun gagal menangani krisis ini secara bertanggungjawab demi kepentingan rakyat Negeri Sembilan,” ujarnya dalam sidang media itu.

Menurut Hanifah yang juga bekas Pengerus PN Negeri Sembilan, krisis itu menjadi lebih serius apabila 14 ADUN UMNO Negeri Sembilan yang juga dari parti Barisan Nasional sebulat suara menyatakan hilang kepercayaan kepada Aminuddin Harun serta menarik sokongan terhadap kerajaan negeri.

Sedia kerjasama tubuh kerajaan untuk kesejahteraan dan kestabilan negeri

“Lima ADUN PN sentiasa meletakkan kepentingan negeri dan rakyat sebagai agenda perjuangan kami.

“Sehubungan dengan itu, lima ADUN dari PN bersedia untuk bekerjasama dengan 14 ADUN BN Negeri Sembilan untuk menjamin kestabilan kerajaan negeri dan kelangsungan pentadbiran kerajaan negeri bagi membangunkan Negeri Sembilan dan menjamin kesejahteraan rakyat.”

Sidang media berkenaan turut dihadiri empat lagi ADUN PN lain iaitu:

  • Serting – Mohd Fairuz Mohd Isa
  • Paroi – Kamarol Ridzuan Md Zain
  • Gemas – Ridzuan Ahmad
  • Bagan Pinang – Abdul Fatah Zakaria

Dalam sidang media berkenaan, mereka turut menyerahkan surat kerjasama kepada Setiausaha UMNO Negeri Sembilan, Datuk Mustapha Nagoor yang juga ADUN Palong.

Foto: Media Sosial
View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.