14 Adun UMNO Umum Hilang Kepercayaan, Tarik Sokongan Terhadap MB Negeri Sembilan
Di Negeri Sembilan, sesebuah parti atau gabungan perlu memperoleh majoriti mudah, iaitu sekurang-kurangnya 19 daripada 36 kerusi ADUN, bagi membolehkan mereka membentuk kerajaan negeri secara sah.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Kesemua 14 (Ahli Dewan Undangan Negeri) ADUN Umno Negeri Sembilan mengumumkan hilang kepercayaan dan menarik balik sokongannya terhadap Menteri Besar N9, Datuk Seri Aminuddin Harun.
Perkara itu diumumkan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan Datuk Seri Jalaluddin Alias dalam satu sidang media sebentar tadi (27 April).
“Dimaklumkan bahawa kesemua 14 ADUN UMNO/BN Negeri Sembilan dengan ini sebulat suara menyatakan hilang kepercayaan terhadap kepimpinan Menteri Besar Negeri Sembilan, serta menarik sokongan terhadap kerajaan negeri pimpinan beliau.
“Kami juga ingin menegaskan bahawa kami kekal komited untuk mendokong serta mempertahankan institusi adat, sistem perlembagaan dan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan. Kami mahukan sebuah kerajaan yang stabil agar dapat mentadbir negeri dengan berkesan, serta memberi tumpuan sepenuhnya kepada usaha mensejahterakan rakyat dan ekonomi negeri.”
Dakwa Jalaluddin, UMNO Negeri Sembilan hanya menyedari berlakunya pertikaian diraja selepas perkara itu menjadi pengetahuan umum.
Jelas beliau lagi, pemakluman rasmi berhubung perkara ini akan dihantar kepada Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri serta Setiausaha Dewan Undangan Negeri usai sidang media tersebut.
Tambahnya, keputusan ini diambil ekoran krisis yang melibatkan institusi adat dan berperlembagaan di Negeri Sembilan, yang pada hematnya semakin meruncing serta menimbulkan kebimbangan terhadap kestabilan pentadbiran negeri.
View on Threads
14 ADUN dari UMNO dan Barisan Nasional adalah:
- Datuk Seri Jalaluddin Alias – Pertang
- Datuk Ismail Lasim – Senaling
- Datuk Mustapha Nagoor – Palong
- Datuk Mohd Faizal Ramli – Linggi
- Datuk Seri Mohamad Hasan – Rantau
- Datuk Mohd Asna Amin – Lenggeng
- Datuk Zaifulbahri Idris – Chembong
- Datuk Mohd Razi Mohd Ali – Sungai Lui
- Datuk Bibi Sharliza Mohd Khalid – Juasseh
- Datuk Saiful Yazan Sulaiman – Johol
- Datuk Mohd Zaidy Abdul Kadir – Jeram Padang
- Muhammad Sufian Maradzi – Seri Menanti
- Suhaimi Aini – Kota
- Suhaimizan Bizar – Gemencheh
Perlu 19 kerusi untuk tubuh kerajaan negeri
Sebagai info, kerajaan Negeri Sembilan hanya boleh ditubuhkan sekiranya mendapat sokongan 19 ADUN.
Namun ketika ini PH hanya mempunyai 17 kerusi iaitu DAP dengan 11 kerusi, PKR (5) dan Amanah (1).
Manakala 5 lagi kerusi dimenangi Perikatan Nasional iaitu 3 dari PAS dan Bersatu, 2.
PN ‘King Maker’ untuk kekalkan atau bentuk kerajaan N9 baharu
Dengan penarikan sokongan UMNO dan BN bermakna bermakna kerajaan negeri boleh tumbang.
Namun PH mungkin boleh mengekalkan kerajaan sekiranya berjaya mendapat sokongan dua kerusi daripada PN atau BN boleh membentuk kerajaan baru sekiranya berjaya memujuk PN.
Sebelum ini Jalaluddin berkata, UMNO kekal dengan pendirian untuk mempertahankan institusi adat dan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan (UUTKNS) 1959 dan berharap krisis yang berlaku ketika ini tidak berpanjangan.
Tegas beliau, ia tidak dibiarkan berlarutan tanpa tindakan daripada kerajaan negeri, sekali gus mengelakkan rakyat terus tertanya-tanya.
I steer BuzzKini's editorial voice and online presence, consulting senior leadership when it matters while enjoying music, books, and the outdoors.



