Kes Kanak-Kanak Tendang & Heret Kucing Diklasifikasi Sebagai NFA – Jabatan Veterinar Terengganu
Menurut Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Terengganu (JPVNT), Dr Anun Man, keputusan itu dibuat setelah Timbalan Pendakwa Raya mengambil kira faktor usia si pelaku yang masih di bawah umur.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Masihkah anda ingat video tular melibatkan dua orang kanak-kanak menendang dan mengheret seekor kucing sekitar tiga minggu lalu di Dungun, Terengganu?
Menerusi video tular, dapat dilihat salah seorang kanak-kanak terbabit menendang malah membaling kasut ke arah si bulus sebelum seorang lagi kanak-kanak mengheret haiwan tersebut dengan tali.
Perbuatan itu nyata mengundang kemarahan sehingga ramai yang mengecam tindakan mereka serta mempersoal keberadaan ibu bapa atau penjaga kanak-kanak terbabit.
Bukan itu sahaja, ada juga yang mahu orang ramai melaporkan kejadian tersebut kepada Jabatan Veterinar agar tindakan segera dapat diambil.
Namun dalam satu hantaran yang dikongsikan di Instagram penyelamat haiwan, Shima Aris, ibu kanak-kanak berkenaan telah memohon maaf atas tindakan anaknya itu.
Baca Artikel Berkaitan: Kes Kanak-Kanak Tendang & Heret Kucing, Ibu Mohon Maaf
Kes Kanak-Kanak Aniaya Kucing Diklasifikasi Sebagai NFA, Ambil Kira Faktor Umur Pelaku
Terbaharu, Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Terengganu (JPVNT) mengesahkan kes tersebut diklasifikasikan sebagai tiada tindakan lanjut (NFA).
Menurut Pengarah JPVNT, Dr Anun Man, keputusan itu dibuat setelah Timbalan Pendakwa Raya mengambil kira faktor usia si pelaku yang masih di bawah umur.
Jelasnya, keputusan itu dibuat selaras dengan Seksyen 82 Kanun Keseksaan (Akta 574) berhubung kekebalan jenayah bagi kanak-kanak.
”Kertas siasatan telah diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya dan kes diklasifikasikan sebagai NFA kerana pelaku utama merupakan dua kanak-kanak berusia empat dan lapan tahun.
”Mengikut akta berkenaan, tidak menjadi kesalahan apa-apa jua yang dilakukan oleh kanak-kanak yang berumur kurang daripada 10 tahun.
”Individu yang disiasat belum mencapai usia liabiliti jenayah, maka perbuatan tersebut tidak boleh disabitkan sebagai kesalahan jenayah di bawah prinsip doli incapax,” katanya.
JPVNT Panggil Ibu Bapa Kanak-Kanak & Beri Teguran Keras
Walau bagaimanapun, Dr Anun Man menjelaskan pihaknya telah memanggil ahli keluarga kanak-kanak terbabit termasuklah ibu bapa, datuk dan nenek pelaku serta dua individu yang merakam kejadian berkenaan.
Terangnya, walaupun tiada tindakan undang-undang yang diambil namun pihaknya telah mengambil langkah proaktif dengan memberi teguran keras kepada keluarga kanak-kanak terbabit.
”Pihak kami telah memberi nasihat dan teguran kepada keluarga pelaku bagi memastikan insiden kekejaman terhadap haiwan seperti ini tidak berulang lagi pada masa hadapan,” katanya.
Sebelum ini, JPVNT memaklumkan pihaknya telah menerima 500 laporan berhubung kes berkenaan dan disiasat di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015 [Akta 772].
𝟐𝟑 𝐀𝐏𝐑𝐈𝐋 𝟐𝟎𝟐𝟔 (𝐊𝐇𝐀𝐌𝐈𝐒) 𝐊𝐄𝐍𝐘𝐀𝐓𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐃𝐈𝐀 𝐁𝐄𝐑𝐇𝐔𝐁𝐔𝐍𝐆 𝐕𝐈𝐃𝐄𝐎 𝐓𝐔𝐋𝐀𝐑 𝐌𝐄𝐌𝐀𝐏𝐀𝐑𝐊𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐀𝐍𝐈𝐀𝐘𝐀𝐀𝐍 𝐓𝐄𝐑𝐇𝐀𝐃𝐀𝐏 𝐇𝐀𝐈𝐖𝐀𝐍 (𝐊𝐔𝐂𝐈𝐍𝐆) 𝐃𝐈 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐓𝐄𝐑𝐄𝐍𝐆𝐆𝐀𝐍𝐔 UKK DVS TERENGGANU
Posted by Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Terengganu on Thursday 23 April 2026
Baca Artikel Berkaitan: Kes Kanak-Kanak Tendang & Heret Kucing, Ibu Mohon Maaf
Baca Artikel Berkaitan: Kes Kucing & Anjing Didakwa Mati Kelaparan: Doktor Vet Buka Mulut, Mahu Saman Pihak Sebar Berita Palsu [Video]
Habiskan 1/3 dari 24 jam sehari dengan menulis. Isu trending, lifestyle dan apa sahaja yang dekat dengan realiti kehidupan seharian jadi 'makanan' saya di BuzzKini ✍️✨.







