fbpx
Now Reading
Jemaah Haji Dari Johor Bakal Terima Bantuan ‘Duit Belanja’ RM300 Dari Kerajaan Negeri

Jemaah Haji Dari Johor Bakal Terima Bantuan ‘Duit Belanja’ RM300 Dari Kerajaan Negeri

Menurut Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi RM300 yang diterima oleh jemaah haji dari Johor itu adalah sebagai tanda kasih dan penghargaan Kerajaan Negeri.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Ketika ini ramai para jemaah yang dipanggil untuk menunaikan ibadah haji bagi tahun 2026 sedang sibuk membuat persiapan.

Malah ada beberapa kumpulan yang sudah pun berlepas ke Tanah Suci untuk menunaikan ibadah berkenaan.

Tak dinafikan ramai yang ternanti-nanti untuk menunaikan ibadah haji walaupun mengetahui kosnya juga tidak murah hingga ada yang sudah menyimpan sejak dari kecil untuk memudahkan mereka menunaikan ibadah rukun Islam yang kelima ini.

Jemaah haji dari Johor dapat duit belanja RM300

Susulan itu, Kerajaan Negeri Johor baru-baru ini telah mengumumkan pemberian Bantuan Kasih Johor bernilai lebih RM1.1 juta kepada sekitar 3,200 jemaah haji dari negeri berkenaan.

Jelas Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi inisiatif bantuan itu diberikan secara ‘one-off’ (sekali) berjumlah RM300.

Inisiatif berkenaan dilakukan untuk membantu serta meringankan beban para jemaah sewaktu menunaikan ibadah haji berkenaan.

Pemberian bantuan tanda penghargaan

Kata beliau lagi, bantuan terbabit adalah sebagai tanda penghargaan kerajaan negeri yang pertama kali diberikan kepada para jemaah.

“Setiap jemaah haji dari Johor yang menunaikan ibadah haji tahun ini akan menerima RM300 sebagai tanda kasih dan penghargaan kerajaan negeri.

“Ini mencerminkan komitmen kerjaan negeri untuk berkongsi hasil kemakmuran Johor kepada rakyat di negeri ini,” ujarnya, lapor Kosmo.

Onn Hafiz turut memaklumkan negeri Johor telah menghantar rombongan jemaah haji tajaan negeri sejak pada tahun 1952.

Di mana ia lebih awal sebelum tertubuhnya Lembaga Tabung Haji pada tahun 1963.

Konsisten peroleh kuota khas 500 jemaah hasil kerjasama dengan Tabung Haji dan kerajaan Persekutuan

Menurut beliau lagi, negeri tersebut konsisten mendapat kuota khas seramai 500 jemaah pada setiap tahun dan perkara itu hasil daripada kerjasama dengan Tabung Haji serta Kerajaan Persekutuan dengan kos penerbangan ditanggung sepenuhnya.

“Anda semua merupakan insan yang terpilih daripada jutaan umat Islam di negara ini. Justeru, anda perlu mensyukuri peluang ini, hanya yang terpilih sahaja menerima panggilan Ilahi ini,” ujarnya sewaktu pertemuan dengan bakal jemaah haji di Menara MBJB, semalam (21 April).

Selain itu, jemaah yang hadir pada majlis itu turut menerima pek makanan dan minuman sumbangan daripada Yayasan Sultan Ibrahim Johor.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.