fbpx

Pengisytiharan Turunkan Yang Dipertuan Besar Tidak Diiktiraf – MB Negeri Sembilan

Perkara sama turut dibangkitkan Yang Mulia Telaga Undang, Sarifah Norzaidah Al-Qadri yang menyifatkan tindakan Mubarak membuat pengisytiharan menurunkan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir di Balai Undang Luak Sungei Ujong adalah tidak sah.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Semalam (19 April) kecoh di media sosial mengenai sidang media pengisytiharan menurunkan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir oleh Undang Luak Sungei Ujong, Datuk Mubarak Dohak.

Menerusi video yang dikongsikan di FB Luak Sungei Ujong, pengisytiharan berkenaan turut disertai tiga lagi Undang Yang Empat iaitu:

  • Datuk Mendika Menteri Akhirulzaman Datuk Maarof Mat Rashad (Jelebu)
  • Datuk Johan Pahlawan Lela Perkasa Setiawan Datuk Muhammad Abdullah (Johol)
  • Datuk Sedia Raja Abdul Rahim Yasin (Rembau).

Dalam sidang media sama, turut diumumkan pelantikan Tunku Panglima Besar Negeri Tunku Datuk Seri Nadzaruddin Ibni Almarhum Tuanku Jaafar, sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan yang baharu.

Memetik Sinar Harian, sidang media berkenaan turut menyebut mengenai satu siasatan penuh terhadap dakwaan salah laku oleh Tuanku Muhriz selepas baginda menaiki takhta. Perkara itu disebut telah menjejaskan nama baik institusi diraja Negeri Sembilan.

Pun begitu tiada perincian mengenai salah laku yang dimaksudkan sebaliknya mereka hanya menyatakan bahawa tindakan itu dibuat berdasarkan Perkara 10(1)(b) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959.

Pengisytiharan berkenaan nyata mengejutkan rakyat Malaysia hingga ada yang tertanya-tanya apa yang berlaku memandangkan Negeri Sembilan satu-satunya negeri di Malaysia yang mengamalkan adat Perpatih.

Pengisytiharan turunkan Yang Dipertuan Besar N9 tidak selaras dengan UUTKNS 1959

Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun kemudiannya tampil memaklumkan tindakan Mubarak menurunkan Tuanku Muhriz adalah tidak boleh diterima dan diiktiraf.

Beliau menerusi satu kenyataan berkata, ini kerana Mubarak tidak lagi mempunyai kuasa dan fungsi sebagai Undang Luak Sungei Ujong.

Malah ianya tidak selaras dengan Perkara 10 hingga 12 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan (UUTKNS) 1959.

Jelas beliau,  Mubarak telah diberhentikan sebagai penyandang pesaka Datuk Klana Petra Luak Sungei Ujong ke-10 sejak 13 Mei 2025 dan ianya dibuat mengikut pesaka dan adat Telaga Undang, Waris Klana Hulu, Sungei Ujong.

Malah tambahnya Sidang Khas Dewan Keadilan dan Undang (DKU) Negeri Sembilan pada 17 April lepas bersetuju menasihati dan menerima kesepakatan Telaga Undang, Waris Klana Hulu, Luak Sungei Ujong yang memberhentikan Mubarak.

“Saya ingin memaklumkan bahawa fungsi DKU Negeri Sembilan ialah berperanan sebagai badan penasihat atas perkara berkaitan adat istiadat orang Melayu termasuk soal pemilihan dan perlucutan jawatan Undang Luak yang empat seperti diperuntukkan dalam Perkara 16 UUTKNS.

“Ini termasuk dalam urusan pemberhentian seseorang Undang Luak daripada memegang pesaka mengikut adat luaknya mengikut Fasal 14(3) UUTKNS,” katanya.

Perkara sama turut dibangkitkan Yang Mulia Telaga Undang, Sarifah Norzaidah Al-Qadri yang menyifatkan tindakan Mubarak membuat pengisytiharan berkenaan di Balai Undang Luak Sungei Ujong adalah tidak sah.

Jeas beliau, ini kerana Mubarak sudah tiada kuasa dari segi adat dan perlembagaan.

“Ibu Soko Klana Hulu dan Anak Waris Klana Hulu juga tidak pernah memberi mandat kepada beliau berbuat demikian.

“Tindakan Mubarak itu penderhakaan terhadap Tuanku Muhriz dan sewajarnya diambil tindakan undang-undang,” katanya dipetik Berita Harian.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.