Now Reading
Pikap Disita JPJ, Lelaki Mengamuk & Ugut Nak Bakar Kenderaan

Pikap Disita JPJ, Lelaki Mengamuk & Ugut Nak Bakar Kenderaan

Menurut Pengarah JPJ Melaka, Siti Zarina Mohd. Yusop insurans dan cukai jalan pacuan empat roda terbabit sudah tamat tempoh dan tidak diperbaharui selama lapan tahun.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Sudah menjadi satu kewajipan pihak berkuasa seperti Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk membuat pemeriksaan terhadap kenderaan yang digunakan di atas jalan.

Pemeriksaan ini bagi memastikan pengguna jalan raya mematuhi peraturan yang ditetapkan untuk keselamatan pengguna lain.

Apabila pemeriksaan dilakukan, pastinya tindakan akan diambil bagi individu yang didapati bersalah.

Namun ada pula yang bertindak agresif atas alasan tidak berpuas hati dengan tindakan yang dikenakan.

Pemandu pikap ugut nak bakar kenderaan ketika mahu disita

Terbaharu seorang lelaki bertindak agresif selain mengugut hendak membakar kenderaan pacuan empat roda dipandunya selepas disita sewaktu operasi penguatkuasaan JPJ negeri Melaka, pada 14 April lalu.

Jelas Pengarah JPJ Melaka, Siti Zarina Mohd. Yusop keputusan untuk sitaan itu dilakukan selepas lelaki berkenaan dikesan tidak memilik lesen memandu yang sah.

Kenderaan 4×4 tak ada perlindungan insurans, LKM tamat tempoh

Menurut beliau lagi, pemeriksaan lanjut yang dilakukan juga mendapati kenderaan 4×4 tersebut tidak mempunyai perlindungan insurans, selain Lesen Kenderaan Motor (LKM) yang sudah tamat tempoh.

“Makluman awal mendapati cukai jalan pacuan empat roda berkenaan sudah luput dan tidak diperbaharui selama lapan tahun.

“Pemeriksaan lanjut turut mengesahkan pemandu terbabit tidak memiliki lesen memandu menyebabkan kita mengeluarkan saman dan menyita kenderaan itu,” jelasnya, lapor Kosmo.

Ujar Siti Zarina lagi, sewaktu tindakan sitaan dibuat lelaki berkenaan walau bagaimanapun telah menghubungi rakannya untuk mendapatkan minyak petrol dengan tujuan untuk membakar pikap terbabit.

Keadaan tegang, namun berjaya dikawal JPJ

Perkara itu secara tidak langsung membuat keadaan menjadi lebih tegang.

“Keadaan menjadi semakin tegang apabila seorang penumpang yang juga rakannya turut campur tangan mengugut dan mendakwa dirinya bekas tahanan.

“Namun, keadaan berjaya dikawal anggota JPJ yang menggunakan pendekatan profesional dan berhemah hingga meredakan kemarahan kedua-dua individu sebelum mereka akhirnya akur dengan tindakan diambil.”

Tambahnya, tiada sebarang insiden tak diingini berlaku sewaktu kejadian itu serta kenderaan tersebut seterusnya dibawa ke depoh sita JPJ Melaka bagi tindakan lanjut.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.