Kerajaan Sedia Pertimbang Potong Gaji Menteri Jika Ekonomi Kian Meruncing – PM
Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiada halangan untuk memotong gaji jemaah menteri dan ia boleh dipertimbangkan jika situasi ekonomi menjadi lebih teruk.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Konflik yang berlaku di Asia Barat tak dinafikan mengundang pelbagai kesan kepada seluruh dunia khususnya dalam industri tenaga atau bahan api.
Perkara itu disebabkan Selat Hormuz yang ditutup merupakan antara laluan utama yang digunakan oleh kapal untuk membawa bahan api. Maka sekatan tersebut secara tidak langsung membuatkan banyak pergerakan kapal tertangguh dan tidak dapat membawa bahan api terbabit ke negara dan destinasi masing-masing.
Bukan hanya itu, konflik ini turut memberikan kesan kepada ekonomi seperti harga barang yang meningkat disebabkan harga minyak yang melonjak dan sebagainya.
Bahkan rakyat Malaysia turut dinasihatkan untuk berjimat-cermat dan mengelakkan daripada melakukan pembaziran yang tidak sepatutnya.
BACA ARTIKEL BERKAITAN: Harga Minyak Dunia Naik 8% Lepas Trump Umum Sekat Selat Hormuz
BACA ARTIKEL BERKAITAN: Kenapa Harga Minyak Mentah Global Turun Tapi Di Stesen Minyak Kita Tidak? Ini Penjelasan MoF
BACA ARTIKEL BERKAITAN: Individu Boleh Dipenjara 3 Tahun Sekiranya Guna MyKad Orang Lain Untuk Beli Minyak Petrol RON95
Kerajaan sedia pertimbang potong gaji menteri jika krisis di Asia Barat lebih buruk
Terbaharu Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan kerajaan sedia mempertimbangkan pemotongan gaji menteri jika krisis di Asia Barat semakin buruk.
Jelas Anwar Ibrahim, bagaimanapun gaji jemaah menteri sudah agak rendah.
“Apa yang penting ialah mereka menjalankan tugas dengan baik. Bagi saya, saya tidak mempunyai masalah tidak mengambil gaji.
“Tetapi gaji itu adalah hak mereka (jemaah menteri) selagi mereka menunjukkan prestasi yang baik, saya rasa ia munasabah.
“Walau bagaimanapun, tiada halangan (untuk memotong gaji).. sekiranya situasi ekonomi menjadi lebih teruk, ia boleh dipertimbangkan,” ujarnya, lapor The Star.
Perdana Menteri mengulas perkara itu selepas disoal adakah Malaysia akan mengikut jejak langkah seperti Indonesia yang bercadang untuk memotong gaji jemaah menterinya sebagai sebahagian langkah pengetatan fiskal yang lebih luas.



