Now Reading
KDN Tegas Pertahan Larangan 2 Buku Demi Keselamatan & Ketenteraman Awam

KDN Tegas Pertahan Larangan 2 Buku Demi Keselamatan & Ketenteraman Awam

KDN turut menolak dakwaan larangan terhadap dua buku tersebut, Memoir Shamsiah Fakeh: Dari Awas ke Rejimen ke-10 dan Komrad Asi (Rejimen 10): Dalam Denyut Nihilisme Sejarah menyekat kebebasan intelektual atau wacana ilmiah.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Pada 15 April lalu, syarikat penerbitan Gerak Budaya dalam satu hantaran memaklumkan dua buku terbitan mereka, Memoir Shamsiah Fakeh: Dari Awas ke Rejimen ke-10 yang diterbitkan pada tahun 2004 dan Komrad Asi (Rejimen 10): Dalam Denyut Nihilisme Sejarah yang diterbitkan pada tahun 2022 telah diharamkan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Ia selepas pihaknya menerima surat perintah larangan daripada KDN di bawah Seksyen 301, subseksyen 8(1) & (2) terhadap dua buku terbabit.

Menerusi kenyataan tersebut, Gerak Budaya melihat larangan itu sebagai satu langkah yang menyempitkan ruang wacana serta menghalang perkembangan budaya ilmu apatah lagi buku-buku terbabit diterbitkan sebagai bahan rujukan dan refleksi sejarah yang membuka ruang kepada masyarakat untuk memikir ulang secara kritis.

KENYATAAN MEDIA: PENGHARAMAN BUKU MEMOIR SHAMSIAH FAKEH: DARI AWAS KE REJIMEN KE-10 DAN KOMRAD ASI (REJIMEN 10): DALAM…

Posted by Gerakbudaya on Wednesday 15 April 2026

Hal in turut mengundang rasa kesal Exco Kesihatan Awam dan Alam Sekitar Selangor yang juga merupakan cucu kepada Shamsiah Fakeh, Jamaliah Jamaluddin yang menyifatkan keputusan larangan itu sebagai tidak berasas.

Malah, ADUN Bandar Utama dari DAP itu juga turut meluahkan rasa kecewa dengan larangan tersebut yang menurutnya boleh memberi kesan negatif kepada ruang wacana intelektual dalam negara dan menggesa agar KDN menilai semula keputusan larangan terbabit.

𝐌𝐞𝐦𝐨𝐢𝐫 𝐒𝐡𝐚𝐦𝐬𝐢𝐚𝐡 𝐅𝐚𝐤𝐞𝐡 Saya telah dihubungi oleh pelbagai pihak berkenaan pengharaman buku Memoir Shamsiah Fakeh….

Posted by Jamaliah Jamaluddin on Thursday 16 April 2026

KDN Tegas Dengan Keputusan Larangan Terhadap 2 Buku,Demi Pelihara Keselamatan & Ketenteraman Awam

Terbaharu, KDN menegaskan tindakan penguatkuasaan larangan terhadap dua buku terbabit dibuat berdasarkan penilaian semasa demi keselamatan dan ketenteraman awam.

Jelas mereka, larangan terhadap dua bacaan itu dilaksanakan di bawah Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 (Akta 301).

Penilaian Berdasarkan Kesan Isi Kandungan Buku Terhadap Keselamatan, Bukan Terhadap Tempoh Penerbitan

Tegas KDN lagi, tindakan penilaian tersebut bukan bergantung kepada tempoh sesuatu bahan diterbitkan.

Sebaliknya ia dibuat berdasarkan penilaian terhadap kandungan serta implikasinya kepada keselamatan awam.

“Setiap tindakan diambil secara sah, teliti dan berasaskan peruntukan undang-undang serta kepakaran berkaitan,” katanya.

Malah, penilaian kandungan tersebut dibuat berdasarkan Seksyen 7 Akta 301 khususnya terhadap elemen yang boleh memudaratkan keselamatan awam.

Terdapat Bahan Penerbitan Mengandungi Unsur Komunisme, Tolak Dakwaan Sekat Kebebasan Intelektual

Pada masa yang sama, KDN menjelaskan hasil pemantauan dan risikan yang berterusan mendapati, terdapat bahan yang mengandungi unsur dan ideologi komunisme yang mula disebarkan secara terbuka di pasaran.

Perkembangan itu menunjukkan kecenderungan terhadap menormalisasi serta mengagung-agungkan fahaman yang bercanggah dengan kepentingan keselamatan negara.

Malah, KDN turut menolak dakwaan larangan tersebut menyekat kebebasan intelektual atau wacana ilmiah. Sebaliknya, ia sebagai langkah pencegahan untuk melindungi masyarakat.

“KDN tidak akan berkompromi terhadap sebarang cubaan untuk menyebar atau menghidupkan semula ideologi yang bertentangan dengan undang-undang,” katanya.

Malah, KDN turut menjelaskan bahawa siasatan terhadap kedua-dua buku terbabit sedang dijalankan dengan turut melibatkan pihak penerbit bagi memastikan pematuhan kepada perluan perundangan.

Pada masa yang sama, KDN meminta agar semua pihak tidak memperbesarkan isu ini atau mengeluarkan kenyataan yang boleh mengelirukan sehingga mencetus polemik awam.

KENYATAAN MEDIA TINDAKAN PENGUATKUASAAN KEMENTERIAN DALAM NEGERI TERHADAP DUA PENERBITAN DI BAWAH AKTA 301 PUTRAJAYA,…

Posted by Kementerian Dalam Negeri (KDN) on Thursday 16 April 2026

Baca Artikel Berkaitan: KDN Halang 6 Judul Buku Ini Dijual Di Pasaran Malaysia, Dikhuatiri Bercanggah Dengan Etika Moral

Baca Artikel Berkaitan: KDN Rampas Jam Dinding Digital Dengan Fungsi Azan, Siasatan Dedah Ada Masalah Audio Bacaan Al-Quran

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.