Ustaz Kazim Elias Dirawat Di ICU Selepas Jalani Prosedur Belon Pada Jantung
Dalam satu lagi hantaran yang dikongsikan sebentar tadi, Mohd Najmuddin Elias memaklumkan Ustaz Kazim mungkin perlu dirawat di ICU untuk beberapa hari lagi dan akan dipindahkan ke wad jika keadaan kesihatannya bertambah baik.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Sebut mengenai nama pendakwah bebas, Ustaz Datuk Kazim Elias pasti ramai yang mengenalinya.
Bahkan beliau sering tampil dalam ceramah atau majlis ilmu untuk berkongsi mengenai agama Islam.
Ustaz Kazim Elias dilaporkan dirawat di ICU selepas jalani prosedur masuk belon dekat jantung
Terbaharu Ustaz Kazim Elias dimaklumkan kini sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) di sebuah hospital selepas menjalani prosedur memasukkan belon pada jantung.
Peraka itu dimaklumkan oleh abang beliau, Datuk Mohd Najmuddin Elias menerusi satu hantaran di Facebook pada malam tadi (15 April)
“Ramai orang bertanya kepada saya, betul ke adik saya Ustaz Kazim masuk hospital. Jadi saya jawab, ya betul. Sekarang di ICU selepas dimasukkan belin bagi melancarkan dan meluaskan saluran jantung yang sempit. Pihak hospital ketika ini tidak membenarkan lawatan kecuali isteri beliau,” jelasnya.
Mohd Najmuddin turut meminta orang ramai untuk mendoakan dan membuat solat hajat agar Ustaz Kazim sembuh demi meneruskan dakwah dan menguruskan Al Barakah yang diterajuinya.
“Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang bersimpati dan mendoakan beliau.”
Keadaan DUKE stabil dan beransur pulih namun masih lemah
Dalam satu lagi hantaran yang dikongsikan sebentar tadi, Mohd Najmuddin memaklumkan hanya dia seorang dibenarkan melawat Ustaz Kazim selain isteri beliau Datin Noriza Abu Bakar.
“Tapi waktu itu, dia baru sahaja melelapkan mata selepas malam tadi mengadu sakit dan tidak dapat tidur dengan selesa.
“Saya telah diberikan taklimat ringkas oleh salah seorang pegawai perubatan yang merawatnya menyatakan keadaan Ustaz Kazim stabil dan beransur pulih.
“Namun masih lemah dan perlukan rehat yang berterusan. Mungkin sehari dua lagi berada di ICU dan akan dipindahkan ke wad jika keadaan kesihatannya bertambah baik,” ujar Mohd Najmuddin.
Ada masalah lain berkaitan jantung dan perlukan rawatan susulan
Beliau turut memaklumkan selepas pemeriksaan rapi dilakukan, terdapat masalah lain berkaitan jantung yang memerlukan rawatan susulan selepas ini.
Jelasnya lagi, Ustaz Kazim pada hari ini juga sudah mula bercakap meskipun suara tersekat dan minta disuapkan sedikit makanan untuk sarapan pagi.
“Perubahan ini melegakan kami ahli keluarga dan peminat-peminatnya di luar sana.”
Mohd Najmuddin turut meminta orang ramai untuk memberikan Ustaz Kazim ruang untuk berehat sepenuhnya dan terus mendoakan kesihatan beliau.



