“Saya Sakit ‘Sihir’, Tak Ingat”- Inspektor Langgar Polis Trafik Diperintah Jalani Pemeriksaan Mental
Mahkamah memerintahkan pemandu Axia yang didakwa melanggar anggota polis trafik dihantar ke Hospital Bahagia, Ulu Kinta, Perak untuk menjalani pemeriksaan mental.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Sebelum ini, tular video rakaman litar tertutup (CCTV) di media sosial memaparkan sebuah Perodua Axia bertindak melanggar lari seorang anggota polis trafik yang sedang bertugas di Jalan Sultan Yahya Petra, Kuala Lumpur pada 10 April lalu.
Insiden tersebut telah menyebabkan Konstabel Roslan Salleh, 27, alami kecederaan di tapak tangan kanan, belakang kepada serta sakit di bahagian rusuk.
Susulan itu, pemandu Axia berkenaan berjaya ditahan selepas dikejar oleh polis dari sekitar Jalan Cheras hingga ke Jalan Empat, Chan Sow Lin, Kuala Lumpur pada 13 April yang lalu.
Suspek yang ditahan merupakan inspektor polis dan disahkan menghidap skizofrenia.
BACA ARTIKEL BERKAITAN: Tular Axia Langgar Lari Polis Trafik, Pemandu Sebenarnya Inspektor Hidap Skizofrenia [Video]
Inspektor langgar lari anggota polis trafik dakwa sakit ‘sihir’
Hari ini (16 April) pegawai polis kanan itu telah dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuala Lumpur atas lapan pertuduhan cuba membunuh anggota polis trafik serta memandu secara melulu.
Tertuduh, Muhammad Kamal Rah Shanmugam Abdullah yang berusia 40 tahun serta masih bujang turut mendakwa dirinya sakit ‘sihir’ ketika prosiding berlangsung.
Tiada pengakuan direkodkan
“Saya sakit ‘sihir’, saya tak ingat la,” ujarnya, lapor Berita Harian. Walau bagaimanapun tiada sebarang pengakuan daripada tertuduh direkodkan.
Lelaki terbabit didakwa cuba membunuh dengan cara melanggar seorang anggota polis trafik menggunakan kenderaan jenis Perodua Axia serta perbuatan berkenaa diketahui boleh mengakibatkan kematian.
Pemandu Perodua Axia berkenaan didakwa di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan. Jika sabit kesalahan tertuduh boleh dihukum penjara sehingga 10 tahun dan boleh dikenakan denda, manakala jika perbuatan terbabit menyebabkan cedera individu berkenaan boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun.
Memetik laporan Sinar Harian, mahkamah memerintahkan pemandu Axia berkenaan menjalani pemeriksaan mental di Hospital Bahagia, Ulu Kinta, Perak.
Inspektor itu turut tidak dibenarkan untuk diikat jamin serta tarikh sebutan semula kes ditetapkan pada 14 Mei depan.



